in ,

Kelly Azman Terima Kecaman Hebat Gara-Gara Cover Lagu ‘Menjaga Jodoh Orang Lain’

Baru sahaja teaser untuk lagu cover “Menjaga Jodoh Orang Lain” dari penyanyi asal Ara Johari dimuat naik oleh selebriti serba boleh, Kelly Azman, namun sudah mendapat kecaman hebat dari netizen.

Selepas lagunya yang sebelum ini, “Masing-Masing,” turut mendapat perhatian ramai di media sosial, Kelly sekali lagi mencuba nasib dengan cover terbaru ini.

Namun, respons awal yang diterimanya agak mengecewakan. Menurut Kelly, hanya dengan memuat naik teaser sahaja, dia sudah dihujani dengan komen-komen negatif di ruangan komen.

Kelly meluahkan rasa sedihnya, kenapa setiap kali dia berusaha menghiburkan orang dan mempromosikan lagu artis tempatan, dia tetap menerima kritikan pedas.

Meskipun dikritik dengan kata-kata seperti “Suara macam katak panggil hujan” dan “Kau tak layak nyanyikan lagu Ara Johari,” Kelly tetap tegar.

“Saya faham, itu hak anda semua untuk bercakap, tapi tolong jangan melampau sangat,” ujarnya.

Kelly Azman

Kelly Azman juga menjemput semua untuk menyaksikan cover lagu terbarunya ini di saluran YouTube miliknya, Kelly Azman TV.

Ditulis oleh Aina Azman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Gabungan Hausboom dan Hotlink, Menyemarakkan ‘Colours of Life’ di Festival 2024

Vit’s Bawakan Konsert Nostalgia 90’an di Festival Mi Malaysia Pertama