in ,

Puteri Sarah Gembira Bawa Keluarga Pergi Umrah, Jadi Duta In Saff Travel

Pelakon, Puteri Sarah Liyana yang dilantik sebagai duta In Saff Travel meluahkan rasa lega selepas dirinya berjaya melaksanakan impiannya membawa ibu dan bapa mengerjakan ibadah umrah.

Menurut Sarah, impiannya itu sudah lama disimpan memandangkan dirinya sudah beberapa kali dirinya menjejakkan kaki di Tanah Suci.

“Saya sudah pergi Umrah sebanyak tiga kali sebelum ini dan ketiga-tiganya saya menggunakan khidmat In Saff Travel & Tours Sdn Bhd. Sebelum ini, saya pergi dua kali bersama anak-anak dan sekali pergi secara solo.

“Alhamdulillah sepanjang bersama agensi ini sangat dipermudahkan. Terima kasih sangat-sangat kepada pasukan termasuk mutawwif yang sentiasa bantu saya. Jadi kali ini, saya lepaskan pula hajat nak bawa ibu bapa ke sana.

“Saya bersyukur dan berpuas hati akhirnya dapat bawa mama dan abah pergi umrah,” katanya.

In Saff Travel & Tours Sdn Bhd diasaskan oleh empat orang lepasan pelajar Universiti Ummul Qura di Makkah iaitu Ustaz Aswadi Ali, Ustaz Nik Fairul Irwan Nik Harun Aminarrashed, Ustaz Mohd Fahmi Mohd Nawi dan Ustaz Falaahuddin Ahmad Jasni.

Syarikat ini ditubuhkan pada 1 Disember 2014 dengan menawarkan servis pengendalian pakej umrah, pengurusan tiket domestik dan antarabangsa, pengurusan visa, pengurusan badal haji dan umrah dan penempahan hotel.

Selain itu, agensi ini turut menjalankan servis trip korporat bagi percutian islamik dalam dan luar negara serta pengurusan korban, aqiqah dan dam.

Menurut salah seorang pengasasnya, terdapat pelbagai promosi menarik yang ditawarkan pihaknya sepanjang tahun ini.

Antaranya penebrangan domestik percuma, tawaran tiket keretapi percuma, pakej umrah perlbagai variasi dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web https://insafftravel.com.my untuk mengetahu lebih banyak promosi dan pakej menarik yang ditawarkan.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Artis Dari 4 Buah Negara Hiburkan Malaysia 2 Malam Berturut-Turut

“Saya Minta Maaf…” – Meerqeen Dah Lama Bersuara Untuk Palestine, Tak Hebah Bagi Sumbangan