in

Kardinal Raikan Lebaran Di IllumiRaya

Kardinal merupakan sebuah jenama tempatan yang semakin dikenali dalam produk tembakau alternatif dan mempunyai ramai peminatnya sendiri.

Kardinal telah menganjurkan rumah terbuka Illumi Raya yang membuatkan deria rasa, pandangan dan bunyi menjadi sensitif dengan pelbagai persembahan.

Majlis rumah terbuka ini telah menghimpunkan kumpulan pemuzik, serta artis artis seni kreatif dalam pelbagai genre untuk memberikan kebebasan dalam melepaskan idea kreatif mereka di majlis tersebut.

IllumiRaya memperkenalkan semula Kardinal sebagai sebuah jenama gaya hidup yang memahami citarasa pengguna moden.

Persembahan hebat dari lagenda rock Amy Search, duo hip-hop yGARD WUZGUT, kuartet rock indie terkenal Midnight Fusic, dan penyanyi alt. pop Lunadira disediakan pada malam tersebut.

Raya Discovery Pack untuk Lumina telah dilancarkan khas untuk edisi lebaran di IllumiRaya yang terdiri daripada satu peranti Lumina (Moss Green) dan 10 KSpods yang dipilih khas untuk musim Raya.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

[V] F8Buzz Ke Taiwan! Dari Kaohsiung Ke Taoyuan!

Artis Dari 4 Buah Negara Hiburkan Malaysia 2 Malam Berturut-Turut