Tampil dengan fesyen yang luar biasa bagi pemilik trofi vokal terbaik bagi Anugerah Juara Lagu selama dua tahun berturut-turut merupakan perkara biasa bagi penyanyi, Aina Abdul.
Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani diperlihatkan oleh para masyarakat yang membanjiri pertengahan Bukit Bintang demi mengadakan sidang media berkaitan konsert seterusnya yang merupakan kesinambungan dari konsert-konsert yang pernah diadakan sebelum ini, semalam.
Penyanyi berusia 30 tahun itu mengenakan gaun labuh berwarna krim di hadapan pusat membeli-belah Pavilion sebelum melintas ke arah perkarangan Star Hill.
Dalam pada itu, para peminat dan pengamal media juga mengenakan pakaian berona merah sebelum bergerak ke sidang media tersebut malah kehadiran penyanyi tersebut menimbulkan keterujaan pelancong serta orang ramai sehingga mereka merakam video pelantun lagu Semalam itu.
Sementara itu, bekas naib juara Mentor terbabit membuat kejutan yang luar biasa kepada para peminat dengan mempromosikan iklan di papan billboard gergasi yang terletak di Pavillion.
Menerusi sidang media yang diadakan, Aina bakal hadir mengadakan konsert solo berskala besar menerusi acara ‘ANWAA’ 3.0 bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil pada 18 November, tidak lama lagi.
Selain itu, konsert tersebut dianjurkan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Aina Abdul Entertainment (AAE) bakal mendengdangkan 33 buah lagu termasuk medley yang bertemakan gabungan genre moden serta irama klasik.
Dalam pada itu, penganjuran konsert ’ANWAA’ 3.0 ini juga disokong oleh Kementerian Komunikasi Dan Digital menerusi MyCreative Ventures serta turut diserikan dengan kehadiran B De Paris selaku Rakan Pengurusan Konsert, ERA & SINAR selaku Radio Rasmi, GEMPAK selaku Rakan Digital Rasmi dan ticket2u selaku Platform Jualan Tiket Rasmi.
Untuk info, penjualan tiket bagi konsert ANWAA’ 3.0 bermula dengan harga RM98 (Silver), RM188 (Gold), RM258 (Platinum), RM288 (VIP), RM388 (VVIP) dan RM488 (MIP) bermula 15 September 2023 di www.ainaabdul.my
GIPHY App Key not set. Please check settings