Pengacara sensasi, Azwan Ali atau dikenali sebagai Diva AA tidak menyebut nama mana-mana artis di sosial media miliknya malah tidak menuduh mana-mana pihak yang cuba menjatuhkannya.
“Saya tak peduli, dia muat naik apa pun. Tapi, adakah saya tulis nama dia? Tolong diam! Saya tak buat apa-apa pertuduhan secara langsung,” katanya.
Ujar Diva AA atau Mohamed Azwan Ali, dia menjawab isu panas yang tular membabitkan namanya bersama pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, baru-baru ini.
“Sebenarnya, saya tak sebut nama sesiapa. Saya adalah peguam dan bila kita tak sebut nama sesiapa, pusing ke mana pun, kita akan selamat.
“Dari segi undang-undang, tak ada kes. Lainlah kalau sebut nama begini, begini, jadi, memang boleh saman. Tapi, saya tak sebut sebarang nama yang sihirkan saya.
“Kerana apa yang sedang tular sekarang, mestilah pihak sana melenting. Aku sebut nama kau ke, ‘bedah’? Siapa makan cili, dia terasa pedas,” katanya kepada F8Buzz.
Sementara itu, pengacar berusia 57 tahun itu berkongsi tentang sihir yang dihadapi selama setahun telah datang menyerang dirinya kembali pada awal pagi tadi.
“Saya cakap terus terang, saya adalah orang yang tak berahsia dan jujur.
“Malam semalam, jam 2 pagi, demi Allah saya cakap, saya mengaku bahawa saya ‘diserang’. Mungkin mereka tak mahu saya muncul di acara hari ini. Tapi, kebesaran Allah mengizinkan saya di sini,” ujarnya.
Tambahnya, dia berikhtiar dengan berubat bersama seorang ustaz dan meluahkan rasa syukur atas doa pengikut-pengikutnya untuk kesihatannya, sambil menitiskan air mata.
“Sejujurnya, ada tempat yang saya berubat. Ada seorang ustaz yang ubatkan saya dan dia tak sebut nama sesiapa. Kepada pengikut-pengikut saya, saya rasa sangat sebak sebab saya masih hidup.
“Sebenarnya, saya sakit. Sakit, kalau ditanya memang sakitlah. Tergamaklah. Kenapa mesti marah sangat dengan saya? Memang saya mulut jahat. Saya akui. Tapi, tak payah sihir kot sebab terlalu sakit,” jelasnya.
Menurutnya, kesan sihir itu membuat dirinya sehingga tidak boleh berjalan dan badannya rasa terbakar serta mengganggu aktiviti hariannya.
“Saya rasa pelik sangat sebab saya tak dapat berjalan dan rasa badan saya seperti dibakar. Orang akan cakap, sikit-sikit, nak kaitkan dengan sihir. Orang bercakap begitu kerana mereka tak kena sendiri.
“Saya berusaha berubat sebelum bertolak dari Semenyih tadi. Saya hampir beritahu penganjur bahawa saya tak dapat hadir.
“Saya bangun pagi tadi, makan ubat, berikhtiar, dan saya kuat. Ditambah dengan doa-doa daripada pengikut saya. Terima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan saya,” katanya.
GIPHY App Key not set. Please check settings