Jenama makanan segera terkenal, McDonald’s Malaysia telah melancarkan kempen serantau bermula dari Korea Selatan, Filipina, Thailand, Indonesia, Brunei dan kini di Malaysia malah diserikan lagi dengan kehadiran kumpulan sensasi Korea Selatan iaitu NewJeans yang turut menghiburkan para peminat.
Objektif kempen ini diadakan untuk memperkenalkan menu terbaharu yang diperkatakan edisi terhad iaitu Spicy Crispy Chicken Burger yang mengandungi perisa ikonik inti ayam rangup dengan sos bawang putih pedas serta menggabungkannya bersama hash brown dan turut dibalut menggunakan kulit tortila yang hangat.
Lebih menarik lagi, para peminat kumpulan NewJeans digalakkan untuk menyertai gerakan tarian mengikut McDonald’s Chicken Song yang mana digubah khas oleh kumpulan tersebut sehingga 24 September ini.
Selain itu, para peserta hendaklah memuatnaik di laman Instagram masing-masing berserta ‘hashtag’ #McDChickenDance malah layak memenangi hadiah mingguan yang lumayan termasuk Hadiah Istimewa McDonald’s x NewJeans.
Menurut Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai, berkata, dia tidak pernah berhenti untuk menghidangkan makanan lazat dengan menambah menu baharu yang terbaik seiring dengan hiburan yang menarik untuk para peminat McDonald’s.
“Falsafah jenama McDonald’s Malaysia tidak pernah berubah iaitu memberikan ‘delicious feel-good moments’ kepada rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat. Kami sentiasa berusaha mencari pendekatan baharu untuk kekal inovatif sambil berinteraksi dengan pelanggan setia kami.
“McDonald’s Malaysia sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif serantau ini kerana kami dapat berkongsi keterujaan kami serta mendekati peminat NewJeans di Malaysia sambil menggembirakan mereka dengan tawaran menarik,” ujarnya.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia turut digalakkan untuk menyertai cabaran McDonald’s Chicken Dance Mission yang akan diadakan bermula dari 15 hingga 17 September ini.
Susulan itu, rakaman video McDonald’s Chicken Dance perlu dilakukan semasa berkunjung ke restoran McDonald’s Bukit Bintang malah orang ramai bakal mendapat hadiah istimewa daripada pihak restoran makanan segera itu.
Untuk info lanjut, layari laman web rasmi McDonald’s Malaysia di www.mcdonalds.com.my
GIPHY App Key not set. Please check settings