in

Mahu Berbincang, Farid Kamil Reda ‘Bujang’ Kembali

Pelakon dan pengarah sensasi, Farid Kamil, 42, meluahkan hasrat ingin berkomunikasi secara langsung bersama bekas isterinya, yang juga seorang pelakon, Diana Danielle, 32.

Ujar Farid atau Farid Kamil Zahari, dia belum berpeluang untuk berbual secara bersemuka kerana sebelum ini hanya berhubung melalui peguam sahaja. 

“Saya kini berharap satu hari nanti hubungan antara kami boleh menjadi baik dan normal semula apabila dapat berkomunikasi secara langsung demi kesejahteraan, kegembiraan dan tumbesaran anak-anak.

“Selepas apa yang berlaku, saya juga amat bersyukur dikurniakan Allah dengan taufik dan hidayah. Alhamdulillah, saya pun baru selesai pergi bersuluk (mendekatkan diri pada Allah) dan inilah jalan yang saya cari,” katanya kepada Harian Metro.

Menerusi laporan Harian Metro, Farid dan peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan, hadir untuk prosiding terakhir tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh anak iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, kelmarin. 

Diana bersama peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader turut hadir dan memaklumkan hak penjagaan anak tersebut diserahkan kepada pasangan itu dengan mendapat hak lawatan mengikut apa yang sudah dipersetujui kedua-dua belah pihak. 

“Mengenai anak-anak, saya harap mereka selamat dan bahagia. Saya serahkan hak penjagaan penuh (anak) kepada Diana melalui perjanjian yang sudah dicapai secara global (menyeluruh),” katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem Cinta Kolestrol tersebut reda menghadapi takdir perpisahan yang sedang dialami dan jiwanya semakin tenang. 

“Apa yang ditakdirkan untuk saya lalui sekarang ini, semua sudah tertulis. Sebagai hamba, saya kena reda menjalani kehidupan ini seperti biasa walaupun ia pengalaman baharu kembali hidup bujang macam dulu.

“Mula-mula bujang, kemudian berkahwin dan sekarang bujang kembali, inilah proses kehidupan. Jadi, masa depan sebenarnya sudah tertulis dan saya hanya mahu mensyukuri segala nikmat diberikan Allah,” katanya.

Pengarah kelahiran Alor Setar, Kedah itu mengharapkan ketabahan dalam mengharungi kehidupan sebagai orang ‘bujang’ sejak 10 Ogos lalu demi melihat kebahagiaan dua cahaya matanya dapat membesar dengan baik.

Terdahulu, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Namun, mereka sah bercerai talak satu yang dilafazkan Farid secara ‘Google Meet’ pada awal Ogos di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Sebelum itu, Diana memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, di mahkamah sama pada 10 Mac lalu dengan alasan tiada persefahaman dan sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.


Ditulis oleh Dhia Kz

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Tidak Setuju Poligami, Nabila Huda Panas Hati Dengan Video Abang Tesla

Ruffera: That Moment In Time Tour Bukti Ruffedge Masih Berbisa