Baru- baru ini, tragedi pesawat terhempas di sekitar perumahan Elmina, Seksyen U16 meninggalkan hiba seluruh rakyat Malaysia.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pesawat ringan Beechcraft 390 (Premier 1) berlepas dari Langkawi mendapat kebenaran dari Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk mendarat pada jam 2.40 petang.
Menerusi laporan dari Buletin TV3, pesawat tersebut terhempas dua minit sebelum dijadualkan mendarat.
Kronologi kejadian terbabit berakhir pada jam 5.48 petang, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dalam sidang media memaklumkan tindakan Allahyarham Sharipuddin membatalkan tempahan pelanggan kira-kira sejam sebelum nahas pesawat (jam 2 petang), sekali gus mengelak lebih ramai yang terkorban.
“Tapi, bila buat ujian asid deoksiribonukleik (DNA), baru kita tahu ada lebih (mangsa) atau tidak. Buat masa ini, kita anggap dia seorang sahaja,” katanya lagi.
Sementara itu, pada jam 5.04 petang pula, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, terutama petugas keselamatan dan kesihatan yang membantu sepanjang pengendalian insiden jet penumpang yang terhempas di Shah Alam, semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, hari ini.
Setelah itu, pada jam 4.30 petang, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pemakluman mengenai kekosongan luar jangka membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan dibuat sejurus urusan jenazah Allahyarham Johari selesai.
Namun pada jam 3 petang, lokasi nahas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina kembali dibuka kepada orang ramai selepas operasi pembersihan serpihan pesawat selesai petang ini.
Perkara itu telah dimaklumkan Timbalan Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Shah Alam, Samsol Maarif Saibani.
Pada jam 2.48 petang, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengadakan sidang media di Jabatan Forensik HTAR.
Ujarnya, lebih 200 cebisan mayat dan 22 anggota badan terputus seperti tangan, kepala, kaki yang ditemui di lokasi kejadian sudah diserahkan kepada Jabatan Forensik tersebut.
Dalam pada itu, anak mangsa pemandu kereta e-hailing, Sharipuddin Shaari, 53, iaitu Sharul Izuan, 16, berkongsi tentang perkara terakhir yang diberikan oleh bapanya berhubung dua keping gambar yang diterima untuk disimpan sebagai kenangan.
“Dua minggu lalu ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan, ayah memberikan saya dua keping gambar yang sama dan menyuruh saya simpan sebagai kenangan,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa melawat waris mangsa nahas pesawat di HTAR Klang pada 12.56 tengah hari.
Datuk Seri Anwar berkata, kerajaan akan menyalurkan bantuan untuk membiayai sebarang kos termasuk urusan pengurusan jenazah kepada keluarga mangsa tragedi, melibatkan semua pihak termasuk kerajaan pusat, kerajaan negeri dan agensi-agensi kerajaan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melawat waris mangsa nahas di HTAR pada jam 12.25 tengah hari.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melawat keluarga mangsa nahas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada jam 11.48 pagi.
Manakala, waris mangsa nahas tiba di Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada jam 10.48 pagi.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dapatan tentang perkara terperinci pesawat ringan itu diperoleh melalui siasatan yang dilakukan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).
“Pesawat ringan jenis Beechcraft (Premier 1) tidak mempunyai perakam data penerbangan, FDR,” ujarnya.
Namun, pada 10.40 pagi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengadakan sidang media di Bandar Elmina, Shah Alam berhubung perkembangan terkini nahas pesawat.
Beliau memaklumkan, daripada 10 mayat mangsa yang ditemukan, hanya satu dalam keadaan sempurna.
Pada 8.30 pagi, hari kedua tragedi pesawat terhempas di Elmina diteruskan dengan pencarian fasa ketiga, bagi menjejaki kotak hitam pesawat malang itu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang dihubungi Buletin TV3 berkata, operasi hari ini tertumpu kepada pencarian kotak hitam membabitkan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) dan agensi penguat kuasa lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Semalam, pada jam 1.30 pagi dilaporkan bahawa mayat 10 mangsa tiba di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk proses bedah siasat yang dijangka dilakukan bermula 8 pagi ini (18 Ogos).
Difahamkan kesemua mayat mangsa terlebih dahulu dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang sebelum ke HTAR.
Dalam pada itu, perakam suara kokpit (CVR) iaitu sebahagian daripada kotak hitam milik pesawat, ditemukan pada 10.20 pagi.
Sekurang-kurangnya enam mayat telah dibawa keluar dari lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang pada 10.10 malam tadi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, lima mangsa nahas tersebut kelihatan tidak sempurna fizikalnya.
Jelasnya, pencarian kotak hitam hanya akan dijalankan selepas kesemua mayat dikeluarkan dari lokasi nahas.
Dr Zaliha turut turun padang bersama pasukannya untuk memberi sokongan mental kepada waris mangsa pada jam 9.15 malam.
Selain itu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa meninjau Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor bagi membantu memberi sokongan mental kepada waris mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat terbabit.
Pesawat Beechcraft 390 (Premier 1) terhempas di kawasan perumahan Elmina, berhampiran susur keluar Lebuhraya Guthrie, di Shah Alam dan sempat dirakam kamera ‘dashcam’ beberapa kenderaan lain yang melalui kawasan itu ketika kejadian.
Sidang media Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berhubung tragedi pesawat ringan terhempas, langsung dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada jam 7.20 petang.
Berdasarkan siaran media itu, beliau menyatakan nama kru dan penumpang yang terlibat dalam nahas tersebut.
Antaranya ialah, kru pesawat iaitu Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim manakala penumpang merupaka Exco Pahang, Adun Pelangai, Datuk Seri Johari Harun, Khairil Azwan Jamaluddin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib Ramali.
Dalam pada itu, tepat pada jam 6 petang, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun dilaporkan antara 10 mangsa terkorban dalam nahas jet persendirian berkenaan.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli meninjau lokasi nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor pada jam 5.40 petang.
Pada jam 5 petang, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 nyawa terkorban dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam.
Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan bahawa pesawat itu turut merempuh sebuah kenderaan dan sebuah motosikal.
Menerusi kronologi yang dikongsikan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), pesawat terbabit membawa dua kru kapal dan empat penumpang.
Menara Kawalan Trafik Udara Subang telah melihat asap dari lokasi nahas, namun tiada panggilan ‘mayday’ dibuat oleh pesawat tersebut pada 2.51 petang.
Kebenaran mendarat telah diberikan kepada pesawat terbabit pada 2.48 petang dan hubungan pertama oleh pesawat berkenaan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang dikenal pasti pada 2.47 petang.
Pada 2.08 petang, pesawat tersebut dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menuju Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
GIPHY App Key not set. Please check settings