in

Sakit Tumit, Lutut Dan Kolestrol Tinggi, Zarina Zainuddin Jalani Pembedahan Bariatrik

Pelakon, Zarina Zainuddin dikhabarkan telah membuat pembedahan bariatrik berhubung kesihatannya yang agak terjejas, baru-baru ini.

Ujar pelakon berusia 53 tahun itu menerusi hantaran Instagram miliknya, dia berterima kasih kepada doktor yang telah merawatnya dan akui menjalani pembedahan untuk rasa lebih sihat dan mengharapkan untuk menjadi lebih bertenaga dalam menjalani kehidupan seharian.

“Terima kasih doktor. Puan Rafeah isteri doktor mus dan bobo cinta yang kenalkan saya dengan doktor. 

“Saya menjalani pembedahan ini untuk menjadi lebih sihat demi kesihatan saya. Alhamdulillah, semoga saya terus sihat selepas ini dalam menjalani kehidupan seharian,” tulisnya.

Namun melalui hantaran lain, pelakon kelahiran Kuala Lumpur itu akui sebelum ini dia mempunyai masalah sakit tumit dan lutut menyebabkan berlakunya pembedahan terbabit.

Tambahnya, dia bersyukur kerana doktor melakukan pembedahan juga untuk ulu hati dan kantungnya supaya selera makan tidak banyak seperti dahulu.

“Kebaikan nak kawal makan, semua saya nampak sedap sampaikan tumit dan lutut saya sakit, tak tahan rasanya saya ni banyak berdiri ke sana ke sini. 

“Alhamdulillah doktor pun dah perbaiki ulu hati yang longgar dan kantung perut agar saya tidak makan berlebihan. 

Dalam pada itu, pelakon filem Ular itu turut  menyedari penyakit kolestrol yang baru kunjung tiba dalam dirinya menyebabkan dia akan lebih menjaga pemakanan dan kesihatan di samping nasihat daripada sahabatnya. 

“Kolestrol saya terlalu tinggi 8.9. Ya Allah, baru saya tahu saya ni dah mula ada penyakit. Insya-Allah demi kesihatan saya akan sihat semula tolong doakan saya cepat sembuh. Terima kasih Puan Rafeah untuk penerangan ini,” tulisnya bersama hantaran video bersama Puan Rafeah.

Sementara itu, pelakon filem Hantu Kuat Ketawa itu mendedahkan dia telah membuat pemeriksaan lengkap bersama doktor Mustafa pada 15 Ogos yang lalu sebelum melakukan pembedahan tersebut menerusi hantaran yang lain di Instagram.

Zarina turut memaklumkan pembedahan bariatrik itu telah dijalankan pada 16 Ogos lalu dan dia berterima kasih kepada doktor dan para jururawat yang telah menjaganya sepanjang rawatan yang dijalankan di sebuah hospital swasta.


Ditulis oleh Dhia Kz

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Tiktok Awards Bakal Menggegarkan MITEC 27 Ogos ini

Tragedi Pesawat Terhempas Membabitkan 10 Orang Maut