in ,

Soundcircus Tarik Lebih 6,000 Pengunjung

Festival muzik Soundcircus Festival 2023 yang berlangsung pada 29 dan 30 Julai yang lalu berjaya menarik lebih dari 6,000 pengunjung.

Festival muzik yang berlangsung di MAEPS, Serdang itu merupakan anjuran Art Of Speed Malaysia (AOSM) dengan kerjasama peranti eletronik, Bro Asia dan jenama motosikal berkuasa tinggi, Harley-Davidson.

Barisan kugiran hebat seperti Superman Is Dead, MC16, Naratu, Armpunk Sindicate dan ramai ramai lagi telah membuat penampilan di festival tersebut.

Selain persembahan, Soundcircus juga mengadakan acara Battle Of The Band yang dimenangi oleh ChItpdy dan menerima hadiah berupa pakej ke Thailand dan membuat persembahan di pentas utama Asia Harley Days yang akan berlangsung hujung tahun ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Bro Asia, Roman Lai berasa bangga dengan kejayaan yang dikecapi oleh festival ini.

“Soundcircus Festival telah berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung dan kami sangat berpuas hati dengan kejayaan AOSM dalam mengendalikan festival muzik ini sekaligus dapat mempromosikan produk kami kepada lebih ramai pengguna,” katanya.

Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas AOSM & SoundCircus, Asep Ahmad Iskandar gembira dengan sambutan festival pada kali ini dan berterima kasih dengan semua pihak yang menjayakannya.

“Saya berterima kasih kepada semua pengunjung yang hadir memeriahkan SOUNDCIRCUS FESTIVAL serta barisan band yang membuat persembahan dan pihak penganjur, Harley-Davidson dan BRO Asia yang sama-sama menjayakannya, jangan lupa untuk terus menyokong industri muzik kita,” katanya.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

8 Fakta Menarik Tentang Mat Tudung

“Saya Rasa Normal Kalau Fyna Tak Angkat call & Tak Balas Whatsapp,” – Ayda Jebat Jawab Isu Adiknya ‘hilang’