Sembilan tahun lalu, filem yang dibintangi oleh pelakon, Fizz Fairuz mendapat sambutan hangat dan boleh dikatakan sebagai karya yang amat menghiburkan malah menjadi kegemaran para peminat.
Fizz atau Datuk Mohd. Fairuz Zainal Abidin, 44, tidak melepaskan peluang untuk menghasilkan kembali genre komedi seperti filem tersebut berjudul Mat Tudung Begins yang bakal menarik para peminat untuk menonton berulang kali.
- Fizz Fairuz masih mengekalkan watak yang sama

Jika dilihat pada watak yang dibawakan oleh Fizz sebagai Johari dan Johanna semasa filem Mat Tudung pada 2014, dia masih lagi mengekalkan watak lelaki memakai tudung dalam Mat Tudung Begins.
2. Fizz Fairuz sebagai pelakon utama, penerbit dan pengarah Mat Tudung Begins

Tidak hanya mengekalkan watak sebagai pelakon utama, tetapi yang menerajui filem ini sebagai penerbit dan pengarah merupakan Fizz Fairuz sendiri.
3. Pempengaruh media sosial menjadi pelakon

Lebih menyerikan filem ini, Fizz Fairuz memilih barisan pelakon yang terdiri daripada pempengaruh media sosial seperti Maryam Durian Kimchi yang berasal daripada Korea dan Mimi Peri dari Indonesia, yang diketahui umum mempunyai peminat di Malaysia.
4. Lokasi penggambaran yang menarik

Dalam filem Mat Tudung Begins, penggambaran tersebut dilakukan di sekitar Kuala Lumpur, Damansara, dan Genting Highland.
5. Mengekalkan tema cerita yang sama seperti filem Mat Tudung tetapi bukan kesinambungan

Masih mengekalkan tema cerita yang sama seperti filem Mat Tudung, iaitu seorang lelaki yang menyamar menjadi wanita untuk menyelesaikan masalah keluarga tetapi menurut Fizz Fairuz, filem Mat Tudung Begins bukan kesinambungan dari filem lama, tetapi ia merupakan cerita sebelum kelahiran filem lama itu.
6. Penantian sembilan tahun Fizz Fairuz untuk pembikinan filem Mat Tudung Begins tercapai

Fizz Fairuz akui berusaha meminta izin daripada penerbit asal, Datuk Norman Abd Halim dan mencari modal selepas sembilan tahun filem lama itu berlalu, demi menghasilkan filem yang baru malah bersyukur ada yang sudi melabur terhadap filem Mat Tudung Begins.
7. Perwatakan wanita tidak berlebihan

Fizz Fairuz tidak memfokuskan untuk watak menjadi lelaki lembut, menurutnya, ia hanyalah sebuah bentuk penyamaran malah dia akui tidak berlebihan dengan memakai sebarang make up seperti filem Mat Tudung malah filem ini turut sudah dirujuk kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF).
8. Barisan para pelakon hebat

Tidak hanya pempengaruh media sosial menjadi pelakon, semestinya Fizz Fairuz memilih barisan para pelakon yang hebat belaka seperti Achey, Isyariana, Fazlina Ahmad Daud, Kazar Saisi, dan Abang Gee yang mewarnai Mat Tudung Begins.
Filem ini ditayangkan bermula 3 Ogos 2023 di seluruh pawagam, jangan lupa meriahkan bersama gelak tawa anda. Anda pasti terhibur!




GIPHY App Key not set. Please check settings