in

“Saya Rasa Normal Kalau Fyna Tak Angkat call & Tak Balas Whatsapp,” – Ayda Jebat Jawab Isu Adiknya ‘hilang’

Sekian lama adik kepada penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat yang juga merupakan seorang penyanyi telah lama menyepikan diri menerusi media sosialnya yang hanya mengemaskini foto pada Jun lalu.

Perkara itu terjadi selepas perceraian Fyna atau Nur Syafinaz Jebat, 23, bersama bekas suaminya, Datuk Zainal Abidin Hassan yang telah diumumkan oleh anaknya, Zahira menerusi ciapan di Facebook.

Menjawab persoalan kehilangan adiknya, Ayda atau Nur Suhada Jebat, 31, berkata, dia sendiri sudah lama tidak saling berhubung antara sesama mereka selama hampir dua ke tiga bulan lalu.

Penyanyi lagu Nakal itu memaklumkan bahawa sudah menjadi perkara biasa bagi Fyna untuk tidak mengangkat panggilan mahupun membalas mesej Whatsapp meskipun daripada dirinya sendiri.

Tambahnya, dia tidak pasti dengan keadaan adiknya itu malah kemungkinan menghadapi tekanan, atau sedang membiasakan diri dengan para media serta netizen.

“Saya dah lama tak hubungi Fyna, lebih kurang dalam dua ke tiga bulan. Kalau hubungi dia atau mesej dia, dia tak akan angkat dan balas. Itu adalah perkara biasa bagi dia.

“Saya sebenarnya tak pasti dengan keadaan dia. Mungkin dia perlukan tempoh bertenang atau sedang mempelajari bagaimana nak mengadaptasi dengan para media, netizen dan orang sekeliling, saya tak tahu,” jelasnya.

Namun begitu, sebagai kakak sulung daripada empat beradik, pelakon filem Pinjamkan Hatiku itu tidak mempunyai masalah jika Fyna sememangnya memerlukan kehadirannya, tetapi dia tidak mengadu tentang sebarang permasalahan kepadanya.

Menurutnya, jika tiada sebarang kes kritikal mengenai kehidupan adiknya itu, dia boleh menghadapinya.

“Kalau dia mahu saya bantu dalam kerjaya, saya boleh bantu dan dia boleh saja datang pada saya. Dia pun tak ada mengadu apa-apa tentang masalah dia setakat ni.

“Saya tahu keadaan dia teruk ke tak, kalau dia rasa teruk, dia akan cari saya, kalau dia diam, maksudnya dia boleh hadap masalah tu,” ujarnya kepada F8Buzz.

Dalam pada itu, keluarga mereka menerima ketentuan mengenai Fyna kerana itu merupakan jalan yang dia pilih dan semestinya Ayda mengharapkan yang terbaik buat diri adiknya dan orang sekeliling.

“Nak buat macam mana, kami sebagai keluarga terima saja apa yang jadi, apa yang dia pilih dan nak, asalkan dia okay.

“Saya harap perkara yang jadi ini adalah perkara terbaik untuk diri dia, dan orang sekeliling atau pun orang yang terkesan dengan perkara ini,” katanya.

Terdahulu, hangat dikhabarkan tentang pengakuan Fyna mengenai perkahwinannya bersama bekas jurulatih bola sepak, Zainal pada 9 Januari 2023 yang turut mendapat perhatian netizen.

Namun, anak perempuan Zainal mendakwa bapanya sudah bercerai dengan isteri keduanya itu menerusi laman Facebook miliknya pada Mei yang lalu.

Zainal dan Zalina pula berkahwin pada 1980 dan perkahwinan 43 tahun itu dikurniakan tiga orang cahaya mata.


Ditulis oleh Dhia Kz

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Soundcircus Tarik Lebih 6,000 Pengunjung

Ditawarkan Wang & ‘Video Call’ Untuk Lempias Nafsu, Isteri Ayie Floor88 Rasa Geli Dan Minta ‘Report IG’ Pelaku