Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan terdapat seorang pelakon wanita sedang cuba mendekati suaminya, Aliff Aziz.
Pendedahan itu dibuat apabila Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah menjelaskan tentang hantaran Instagramnya yang berbaur marah baru-baru ini.
“Hantaran Instagram itu Bella tujukan sebab tak mahu peristiwa lama (masalah rumah tangga) berulang kembali,” kata Bella.
Difahamkan bahawa pelakon wanita tersebut membuat panggilan tidak dijawab kepada suaminya berkali-kali sehingga menimbulkan rasa kurang senang.
“Selepas Aliff buat kemunculan semula, tiada masalah timbul sepanjang pengambaran. Aliff berlakon bersama Nad Zainal, Intan Najuwa tiada masalah pun yang timbul.
“Tapi pengambaran yang baru-baru ini ada masalah. Sudah pasti saya bertanya pada Aliff terlebih dahulu tentang perkara ini.
“Namun apabila dilihat sendiri, hari-hari ada missed call dan sebagainya yang saya rasa tidak perlu.
“Pada awalnya saya tidak tahu siapa pemilik nombor tersebut. Bila saya dapatkan nombor daripada rakan artis, saya kenalpasti itu ada lah pelakon tersebut,” jelasnya lagi sewaktu sidang media Famili Duo di Plaza Alam Sentral Shah Alam.
Menurut finalis Famili Duo 2 itu, dia telah pun berhubung dengan pelakon wanita tersebut untuk mendapatkan penjelasan mengenai tindakan mendekati suaminya itu.
Difahamkan bahawa pelakon tersebut memohon maaf dan mengakui kesilapan yang dilakukan olehnya namun apa yang mengejutkan adalah pelakon tersebut tanpa segan silu mengakui suka akan suaminya.
“Dia minta maaf, dia kata yang dia bodoh dan dia dah tersuka suami saya.
“Kalau dia menjalani penggambaran dengan pelakon bujang tidak mengapa, pergilah. Kalau mahu telefon hari-hari atau keluar berdua pun tak apa kerana tiada siapa akan marah,”dedah Bella.
Bella berharap agar pelakon wanita tersebut lebih berwaspada apabila berlakon dengan seseorang yang berstatus suami orang agar diri dihormati sebagai seorang wanita.
Tambah Bella, selepas sahaja pengambaran drama Aliff tamat, suaminya itu tidak akan bekerjasama lagi dengan pelakon tersebut.
“Apapun, Aliff bersetuju untuk tidak berlakon dengan dia lagi. Ada sebulan lagi berbaki, jadi kita doalah,” harap sepupu kepada Wani Kayrie itu.
Sementara itu, pasangan sepupu Bella Astillah dan Wani Kayrie berjaya mara kepusingan akhir Famili Duo musim ke-2 bersama dengan tiga lagi pasangan iaitu Ayda Jebat & Fyna Jebat, Naim Daniel & Sissy Iman serta Zaki Yamani & Yamani Abdillah.
GIPHY App Key not set. Please check settings