Sunday • 20 June 2021

Terkini

Lagu Raya Norma Baharu, Dapat Sentuhan Rap 6 Artis Hip Hop

Jika selama ini menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut oleh seluruh umat Islam  tak lama lagi, lagu-lagu Raya lama dan baharu sering menjadi ‘halwa telinga’ bagi membangkitkan suasana sambutan bulan Syawal.

Kali ini sesuai dengan norma baharu yang perlu dititikberatkan, lagu-lagu Raya turut mengikuti trend dan situasi semasa di mana buat julung kalinya enam artis ‘rapper’ bergabung tenaga mempersembahkan lagu baharu dengan judul unik juga, ‘Rap Der Raya’.

Artis-artis terlibat terdiri daripada Yonnyboii, Kmy Kmo, Luca Sickta, Siqma, Asyraf Nasir dan Abubakarxli.

Segalanya bermula hasil cetusan idea asal rapper muda, Yonnyboii yang mencipta lagu ‘Rap Der Raya’ dan kemudiannya diberi sentuhan istimewa oleh Luca Sickta  memberikan nafas baru dalam trend penulisan lagu raya yang sudah ada sediakala.

Menekankan genre hip-hop yang dibawa oleh kesemua artis terlibat, mereka percaya bahawa ‘Rap Der Raya‘ bakal memberi impak yang besar kepada dunia seni tanah air.

Selaku tunjang utamanya, Yonnyboii menyatakan harapan agar lagu ini diterima dan membuka hati para pendengar untuk menghayati lagu dari generasi baru. 

“Lagu ini telah ditambah ‘perisa’ oleh rakan-rakan duet yang lain daripada ‘demo’ asal yang dihasilkan oleh saya sendiri.” ujar Yonnyboii atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin.

Malah rapper muda berusia 22 tahun ini, beliau merakamkan lagu tersebut berseorangan sahaja di rumah memandangkan jadual hariannya padat di mana kemudiannya diberi motivasi untuk meneruskan rakaman daripada Luca Sickta dan Def Jam Malaysia.

Selaku salah seorang daripada  penerbit muzik untuk ‘Rap Der Raya’, Luca Sickta menyatakan lagu ini berpotensi untuk menerapkan “mood” raya kepada semua yang mendengar.

Luca Sickta (atas) dan rakannya, Kmy Kmo (bawah).

“Alunan melodi asal dari lagu Yonnyboii membuatkan saya  tertarik untuk menerbitkan ia kembali dalam versi baru dengan komposisi muzik campuran moden dan 80an,” jelas Luca.

Rakan duetnya, Kmy Kmo yang turut terlibat menambahkata, proses rakaman video muziknya pula mengembalikan kenangan manis seolah dapat pulang ke kampung meraikan Aidilfitri dengan penuh gembira.

“Ini kira pertama kali kami digabungkan dalam satu lagu beramai-ramai, memang meriah waima dapat melihat macam-macam telatah, penuh dengan gelak ketawa dan riang ria,” cerita Kmy.

Bagi Sigma pula, beliau menyifatkan ‘Rap Der Raya’ sebuah lagu yang sangat unik kerana wujudnya gabungan antara rapper-rapper dan melodi-melodi yang berlainan.

“Saya harap generasi sekarang dapat menerima konsep lagu raya baru yang kami bawa ini dan tidak lupus ditelan zaman” kata Siqma menyatakan harapan untuk lagu ini.

Apa pula pendapat Juara RapStar ERA 2020, Asyraf Nasir?

“Meriah gila! Bukan sahaja kami berenam ada di dalam video muzik ini, tapi banyak juga ‘cameo-cameo’ oleh artis-artis Def Jam Malaysia dan Universal Music Malaysia lain juga yang muncul! Kami berkesempatan untuk berkenalan dan berinteraksi antara satu sama lain, baru rasa macam kami ada hubungan yang erat dalam video muzik” jawab Asyraf.

Asyraf (atas) dan Abubakarxli (bawah).

Seorang lagi artis rakaman Def Jam Malaysia iaitu Abubakarxli yang turut terlibat berpendapat bahawa projek ini merupakan sesuatu yang baharu tetapi masih mengekalkan suasana indah di Hari Raya Aidilfitri dan seimbang antara melodi tradisional dan moden.

“Saya sangat gembira dapat jayakan rakaman lagu dan video muzik ni berama rakan artis yang lain dalam masa sama menjaga SOP sesama kita. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dengan kawalan ketat,” akhiri Abubakarxli.

Korang suka tak?

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

[tdn_block_newsletter_subscribe title_text=”Sentiasa bersama F8Buzz” description=”RGFwYXRrYW4lMjBhcnRpa2VsJTIwYmVyaXRhJTJDJTIwaW5zcGlyYXNpJTJDJTIwZ2F5YSUyMGhpZHVwJTIwJTI2JTIwaGlidXJhbiUyMHRlcmtpbmklMkMlMjB0ZXJ1cyUyMGtlJTIwZW1haWwlMjBhbmRhLiUyMERBRlRBUiUyMFNFS0FSQU5HIQ==” input_placeholder=”Email” tds_newsletter2-image=”5″ tds_newsletter2-image_bg_color=”#c3ecff” tds_newsletter3-input_bar_display=”row” tds_newsletter4-image=”6″ tds_newsletter4-image_bg_color=”#fffbcf” tds_newsletter4-btn_bg_color=”#f3b700″ tds_newsletter4-check_accent=”#f3b700″ tds_newsletter5-tdicon=”tdc-font-fa tdc-font-fa-envelope-o” tds_newsletter5-btn_bg_color=”#000000″ tds_newsletter5-btn_bg_color_hover=”#4db2ec” tds_newsletter5-check_accent=”#000000″ tds_newsletter6-input_bar_display=”row” tds_newsletter6-btn_bg_color=”#da1414″ tds_newsletter6-check_accent=”#da1414″ tds_newsletter7-image=”7″ tds_newsletter7-btn_bg_color=”#1c69ad” tds_newsletter7-check_accent=”#1c69ad” tds_newsletter7-f_title_font_size=”20″ tds_newsletter7-f_title_font_line_height=”28px” tds_newsletter8-input_bar_display=”row” tds_newsletter8-btn_bg_color=”#00649e” tds_newsletter8-btn_bg_color_hover=”#21709e” tds_newsletter8-check_accent=”#00649e” embedded_form_code=”JTNDIS0tJTIwQmVnaW4lMjBNYWlsQ2hpbXAlMjBTaWdudXAlMjBGb3JtJTIwLS0lM0UlMEElMEElM0Nmb3JtJTIwYWN0aW9uJTNEJTIyaHR0cHMlM0ElMkYlMkZ0YWdkaXYudXMxNi5saXN0LW1hbmFnZS5jb20lMkZzdWJzY3JpYmUlMkZwb3N0JTNGdSUzRDZlYmQzMWU5NGNjYzVhZGRkYmZhZGFhNTUlMjZhbXAlM0JpZCUzRGVkODQwMzZmNGMlMjIlMjBtZXRob2QlM0QlMjJwb3N0JTIyJTIwaWQlM0QlMjJtYy1lbWJlZGRlZC1zdWJzY3JpYmUtZm9ybSUyMiUyMG5hbWUlM0QlMjJtYy1lbWJlZGRlZC1zdWJzY3JpYmUtZm9ybSUyMiUyMGNsYXNzJTNEJTIydmFsaWRhdGUlMjIlMjB0YXJnZXQlM0QlMjJfYmxhbmslMjIlMjBub3ZhbGlkYXRlJTNFJTNDJTJGZm9ybSUzRSUwQSUwQSUzQyEtLUVuZCUyMG1jX2VtYmVkX3NpZ251cC0tJTNF” descr_space=”eyJhbGwiOiIxNSIsImxhbmRzY2FwZSI6IjE1In0=” tds_newsletter=”tds_newsletter3″ tds_newsletter3-all_border_width=”0″ btn_text=”Daftar” tds_newsletter3-btn_bg_color=”#ea1717″ tds_newsletter3-btn_bg_color_hover=”#000000″ tds_newsletter3-btn_border_size=”0″ tdc_css=”eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjAiLCJiYWNrZ3JvdW5kLWNvbG9yIjoiI2E3ZTBlNSIsImRpc3BsYXkiOiIifSwicG9ydHJhaXQiOnsiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdF9tYXhfd2lkdGgiOjEwMTgsInBvcnRyYWl0X21pbl93aWR0aCI6NzY4fQ==” tds_newsletter3-input_border_size=”0″ tds_newsletter3-f_title_font_family=”445″ tds_newsletter3-f_title_font_transform=”uppercase” tds_newsletter3-f_descr_font_family=”394″ tds_newsletter3-f_descr_font_size=”eyJhbGwiOiIxMiIsInBvcnRyYWl0IjoiMTEifQ==” tds_newsletter3-f_descr_font_line_height=”eyJhbGwiOiIxLjYiLCJwb3J0cmFpdCI6IjEuNCJ9″ tds_newsletter3-title_color=”#000000″ tds_newsletter3-description_color=”#000000″ tds_newsletter3-f_title_font_weight=”600″ tds_newsletter3-f_title_font_size=”eyJhbGwiOiIyMCIsImxhbmRzY2FwZSI6IjE4IiwicG9ydHJhaXQiOiIxNiJ9″ tds_newsletter3-f_input_font_family=”394″ tds_newsletter3-f_btn_font_family=”” tds_newsletter3-f_btn_font_transform=”uppercase” tds_newsletter3-f_title_font_line_height=”1″ title_space=”eyJsYW5kc2NhcGUiOiIxMCJ9″]