Tuesday • 21 September 2021

Terkini

’18 Puasa Di Kampung Pisang’ Raih RM4j Dalam Tempoh 18 Hari

Jenama ‘Kampong Pisang’ karya pengarah kreatif, Mamat Khalid nampak gayanya sering mendapat sambutan hangat.

Terbaharu, filem ’18 Puasa Di Kampong Pisang’ terus menjadi pilihan penonton apabila mencatat rekod kutipan sebanyak RM4 juta dalam tempoh 18 hari sepanjang ditayangkan di pawagam rumah anda – Astro First.

Ini membuktikan jalan cerita yang menarik oleh  pengarahnhya serta bakat seni yang dipersembahkan oleh setiap barisan pelakon mampu menarik minat peonton untuk menghargai karya tempatan waima pawagam ditutup sekali pun.

 ’18 Puasa Di Kampong Pisang’ telah ditayangkan melebihi dua minggu di saluran Astro FIrst dan masih mendapat tempat di hati penonton malah menjadi bualan di media sosial.

Rata-rata penonton memuji bakat yang dipertaruhkan di dalam filem tersebut sekali gus mengangkat Mamat Khalid sebagai pengarah kreatif dalam menghasilkan karya yang dekat di hati ramai.

“Saya harap kejayaan 18 Puasa Di Kampong Pisang mampu menjadi rujukan dalam industri seni agar terus mengutamakan serta mengetengahkan lagi bakat-bakat hebat tanah air,” ulas Naib Presiden, Ketua Astro Shaw  & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad.

’18 Puasa Di Kampong Pisang’ adalah gabungan daripada dua ‘masterpiece’ pengarah Mamat Khalid, iaitu ‘Kampong Pisang’ dan ’16 & 17 Puasa’. 

Ia mengisahkan tentang sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan. 

Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, tiba-tiba berlaku satu insiden. Dia telah didatangi si iblis dan membawa Barkoba kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya. 

Barkoba mengabaikan zakat, menganaiyai orang lain, mengajak melakukan kemungkaran serta menyebabkan kecederaan dan kematian Kiambang. 

Dapatkah Barkoba memperbetulkan kesalahannya yang lalu dan kembali ke dunia yang nyata dan berjayakah Barkoba menyelamatkan Kiambang?

Nak tahu jawapannya eloklah saksikan sendiri filem ’18 Puasa Di Kampong Pisang’ yang kini masih berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First. 

Untuk melanggan. boleh ke saluran 480 atau strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. 

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw. 

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

Sentiasa bersama F8Buzz

Dapatkan artikel berita, inspirasi, gaya hidup & hiburan terkini, terus ke email anda. DAFTAR SEKARANG!