Sunday • 7 March 2021

Terkini

Pelanggan Astro Kini Boleh Layan ‘Movie’ Hebat Percuma

Sempena kemenangan  ASTRO sebagai penerima ‘Putra Brand Awards 2020’ baru-baru ini, stesen berbayar itu tidak lupa memberikan penghargaan kepada pelanggannya untuk menikmati prebiu komplimentari saluran filem terpilih di televisyen dan Astro Go bermula 11 Februari 2021 ini.

Ya, semua pelanggan ASTRO boleh menikmati hiburan tanpa henti dari filem pecah panggung terhebat sehingga 21 Februari 2021 ini.

Digelar ‘Anugerah Pilihan Rakyat’, Putra Brand Awards mengiktiraf pembinaan jenama sebagai pelaburan perniagaan yang penting, diukur berdasarkan pilihan pengguna.

Wah! Peluang terbaik ini, khususnya bagi mereka yang sedang menjalani kuarantin atau pun setia berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 18 Februari ini,  boleh lah  meluangkan masa menonton filem-filem yang terlepas ditonton selama ini.

Antara filem yang ditayangkan termasuklah Birds Of Prey And The Fantabulous Emancipation Of One Harley Quinn dan Spider-Man: Far From Home di HBO, dan Bad Boys for Life serta Little Women di Fox Movies. 

Kanak-kanak pula boleh menyaksikan filem animasi popular Despicable Me 2 dan komedi-aksi Sonic The Hedgehog di HBO.

Sementara itu, peminat filem Korea disajikan dengan sekuel Train To Busan iaitu Peninsula, serta Okay! Madam, Tazza: The High Rollers dan Love + Sling di saluran tvN Movies.

Pendekata, pilih sahaja filem mana yang mahu ditonton di saluran-saluran yang telah ditetapkan meliputi saluran HBO (CH411 HD/CH431), FOX Movies (CH413 HD/CH433), FOX Action Movies HD (CH415), FOX Family Movies HD (CH414), CINEMAX (CH412 HD/CH432) dan tvN Movies HD (CH416).

Astro juga melanjutkan tontonan komplimentari Pek Kanak-Kanak dan saluran Berita (kecuali SKY News) sehingga 18 Februari. 

Pelanggan Astro juga boleh menikmati previu komplimentari saluran HITS Movies HD (CH401) yang menampilkan filem-filem popular 60-an hingga 90-an seperti Jaws 3-D, Edward Scissorhands dan Back To The Future di televisyen dan Astro GO hingga 21 Februari 2021 juga.

Bagaimana pun prreviu komplimentari saluran filem di FOX Movies (CH413 HD / CH433), FOX Action Movies HD (CH415) dan FOX Family Movies HD (CH414) hanya boleh ditonton di televisyen sahaja. 

‘So kita Enjoy’ bak kata Nora Danish melalui drama bersiri popularnya ‘Puteri’ kan?


Ikuti juga F8Buzz di

F8Buzz YouTube

F8Buzz Facebook

F8Buzz Instagram


TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

Sentiasa bersama F8Buzz

Dapatkan artikel berita, inspirasi, gaya hidup & hiburan terkini, terus ke email anda. DAFTAR SEKARANG!