in ,

Saya Doa Dia Tetap Berhijab – Nabil Ahmad

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad memohon masyarakat supaya tidak menghakimi niat insan lain yang berusaha memperbaiki diri menjadi lebih baik.

Menurut Zira Ayub yang kini sudah berhijab, pengacara program MeleTOP itu berkata, sebagai suami, dia sentiasa menyokong apa juga langkah terbaik yang dilakukan isterinya.

Selain memberikan kata semangat, Nabil memohon orang ramai mendoakan isterinya supaya sentiasa istiqamah dalam tindakannya.

“Alhamdulillah, Zira sudah bertudung sejak beberapa minggu lalu. Saya berharap kita sama-sama mendoakan dia ditetapkan hati untuk terus bertudung”.

“Sebagai suami, saya bersyukur apabila dia menyatakan hasrat mahu bertudung, malah sentiasa memberikan sokong penuh. Untuk memberi semangat dan dorongan, saya sering menghadiahkan Zira tudung”.

“Saya berharap, orang luar menghargai niatnya yang sentiasa ingin memperbaiki diri. Doakan yang terbaik buat Zira dan janganlah ada yang menghukum kerana semua manusia ingin mencari keredaan Allah,” katanya.

Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada 2011.

Hasil perkahwinan itu, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Naira Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

8 BAKA KUCING TERCERDIK DI DUNIA

Pelajar Malaysia Sertai Maraton di UK Meninggal Dunia