Setelah mencetuskan fenomenanya yang tersendiri dalam dunia hiburan sejak diterbitkan pada April tahun lalu, Gema Gegar Vaganza (GGV) kini kembali untuk musim kedua.
Kali ini GGV menampilkan barisan 11 peserta yang terdiri daripada enam peserta berkumpulan dan lima peserta solo.
Mereka yang turut serta adalah Brothers, Devotees, InTeam, Mestica, Rabithah serta Heliza & Hazwani (pasangan duo) dan lima peserta solo iaitu Adeep Nahar, Awi Rafael, Farah Asyikin, Fitri Haris dan Ippo Hafiz.
Penganjuran ‘Gema Gegar Vaganza’ (GGV) pada tahun lalu menyaksikan program ini melakar kejayaan membanggakan apabila menjadi progam Islamik nombor satu di Malaysia.
Masih mengekalkan tema ‘Gema Irama Terindah’, setiap peserta akan diberi tugasan berdasarkan tema mingguan yang telah ditetapkan. Mereka bebas untuk memberi nafas baharu terhadap lagu tugasan tersebut mengikut pada kreativiti masing-masing.
Peserta akan diadili sepenuhnya oleh dua orang Juri Tetap iaitu komposer dan penerbit, Farihin Abdul Fattah dan anak seni yang cukup disegani di Indonesia, Oki Setiana Dewi serta seorang ‘Juri Jemputan’ pada setiap minggu.
Manakala, tugasan selaku Pengacara program pula digalas oleh penyanyi popular, Siti Nordiana serta pelawak dan pelakon, Fikry Ibrahim. Turut sama menyarung jersi pengacara bersama Siti Nordiana dan Fikry adalah Fakhrul UNIC.
Hadiah-haidah yang disediakan juga cukup menarik –
- Juara – RM100,000.00 dan sebuah trofi
- Naib Juara – RM30,000.00 dan sebuah trofi
- Tempat Ketiga – RM20,000.00 dan sebuah trofi
- Tempat Keempat – RM15,000.00 dan sebuah trofi
- Tempat Kelima – RM10,000.00 dan sebuah trofi
- Tempat Keenam – RM5,000.00 dan sebuah trofi
Gema Gegar Vaganza musim kedua akan mula bergema dengan nyanyian 11 peserta selama tujuh minggu berturut-turut secara langsung mulai 31 Mac 2018, jam 9.00 malam di Astro Oasis, Astro Maya HD serta platform digital ‘on demand’.
Like kami di Facebook • Follow kami di Twitter • Follow kami di Instagram
GIPHY App Key not set. Please check settings