in

Gabungan Astro x Muslim Pro Qalbox Sajikan Hiburan Islamik

Kolaborasi baharu antara Astro dan Muslim Pro, Qalbox iaitu aplikasi yang lebih memfokuskan konten digital khas untuk  muslim yang akan dipertontonkan dengan lebih meluas lagi di kaca televisyen dan telefon pintar.

Lebih menarik lagi, Qalbox akan disalurkan melalui Astro Ultra dan Ultibox malah pelanggan yang mempunyai pakej tersebut mendapat langganan percuma selama dua bulan bermula 27 Julai 2023 sehingga 26 September 2023.

Kerjasama ini telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Bitsmedia, Nik Emir Din dan Fara Abdullah, bersama-sama dengan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Astro, Shafiq Abdul Jabbar, dan Pengarah Kandungan, Agnes Rozario.

Menurut co-CEO Muslim Pro, Fara Abdullah berkata, kerjasama ini bertujuan memudahkan orang Malaysia mengakses kandungan islam yang akan dipaparkan menerusi aplikasi tersebut menerusi pelbagai peringkat.

“Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Astro, penyedia hiburan terkemuka di Malaysia, untuk memperluaskan jangkauan Qalbox dalam kalangan penonton Malaysia.

“Melalui kerjasama ini, visi kami untuk memantapkan kedudukan kami sebagai pusat kandungan dan hiburan Muslim global dan menyediakan landasan bagi pencipta kandungan kreatif Muslim dan pembuat filem menjadi lebih kukuh. 

“Dengan tawaran kandungan yang pelbagai, kami yakin bahawa Qalbox akan menarik perhatian penonton Malaysia serta memberikan pengalaman hiburan yang tiada tandingan.

Cara menikmati Qalbox melalui Astro

“Qalbox terus berusaha untuk memaparkan identiti Muslim dan bagaimana kepercayaan dapat diintegrasikan dalam gaya hidup seharian umat Islam melalui pelbagai genre yang komprehensif, termasuk filem ikonik, siri-siri yang menghiburkan, dokumentari berfokuskan Islam yang memberi merangsang minda, animasi kanak-kanak, realiti TV, dan banyak lagi,” jelasnya.

Bagaimanapun, pihak Astro dan Muslim Pro lebih memfokuskan untuk membina komuniti rakyat Malaysia yang meminati kandungan hiburan pelbagai budaya serta memberi santapan rohani sekaligus mengenali identiti muslim dengan lebih dekat melalui Qalbox.

Sila layari www.astro.com.my/QalboxMuslimPro untuk mengemas kini langganan. Pelanggan yang tidak menggunakan Ultra/Ulti Box dan ingin menebus percubaan percuma ini boleh menaik taraf kepada Ultra/Ulti Box dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Astro di 03-9543 3838.


Ditulis oleh Dhia Kz

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Gagal pertahankan 28 tahun bahtera perkahwinan, Rosland dan Adibah bercerai

Irma Hasmie Dikecam ‘Terpaling Berjasa’ Kerana Menasihati Golongan Suami