Fitri Haris dinobatkan sebagai juara Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua.

Fitri membawakan lagu Zinnirah di segmen solo serta lagu Al Nuraa.. Yang 5… Yang 6… di segmen battle menentang Adeep Nahar.

Fitri merangkul hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100,000 bersama trofi sumbangan Astro, penginapan serta layanan VIP di Dorsett Suite Hotel Kuala Lumpur dan kontrak digital radio bersama aplikasi Raku bernilai RM150,000.

Fitri Haris menjuarai Gema Gegar Vaganza musim kedua. – foto. Rohanis Shukri

Naib juara, Adeep Nahar menyampaikan lagu Sedetik Lebih dan lagu Al Nuraa.. Yang 5… Yang 6… di segmen battle.

Bekas vokalis The Fabulous Cat ini membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Awi Rafael yang menyampaikan lagu Sandaran Hati dan lagu Pejamkan Mata di pusingan battle bersama Heliza & Hazwani Helmi.

Awi membawa pulang wang tunai bernilai RM20,000 serta trofi sumbangan Astro.

Tempat keempat pula dimenangi oleh In Team yang menyampaikan lagu Rabiatul Adawiyah dan lagu Al Haq Yang Satu di pusingan battle menentang Brothers.

In Team membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 dan trofi sumbangan Astro.

Tempat kelima dimenangi oleh Heliza & Hazwani Helmi yang menyampaikan lagu Wassini dan lagu Pejamkan Mata di pusingan battle. Heliza & Hazwani berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 dan trofi sumbangan Astro.

Tempat keenam dirangkul oleh kumpulan Brothers yang menyampaikan lagu Mimpi Laila dan lagu Al Haq Yang Satu di pusingan battle.

Brothers membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM5,000 dan trofi sumbangan Astro.

Bersiaran dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, Gema Gegar Vaganza 2 menampilkan Siti Nordiana, Fikry Ibrahim dan Fakhrul UNIC sebagai pengacara.

Komposer terkemuka, Farihin Abdul Fattah bersama pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gema Gegar Vaganza 2.

Untuk konsert akhir, komposer tersohor Datuk M. Nasir menggalas tugas sebagai juri undangan.

Like kami di Facebook • Follow kami di Twitter • Follow kami di Instagram

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari