MINI memang terkenal dengan kereta yang ‘comel’ dengan rekabentuk menarik. Tetapi pembuat kereta tesebut juga serius mengenai prestasi dan tidak asing dengan litar lumba.

MINI tahu bagaimana meningkatkan prestasi keretanya 110%, dan disinilah konsep John Cooper Works GP muncul.

MINI paling liar setakat ini akan mengaum di Frankfurt Motor Show minggu ini. Ia meneruskan tradisi MINI dalam mengeluarkan kereta gred GP yang diinspirasikan kemenangan lagenda pengeluar kereta tersebut di Rally Monte Carlo pada 1967.

Tiada jaminan MINI akan membina kereta konsep ini secara besar-besaran, namun kita telah melihat beberapa cirinya dimasukkan ke dalam MINI Cooper S.

Kereta koncep JCW GP kelihatan agresif diluar, tetapi dalamnya adalah sebuah kereta lumba; tubular roll cage, sistem cegah kebakaran, kerusi lumba dengan tali pingggang lumba.

Walaupun MINI terkenal kerana ke’comelan’nya, rekabentuk yang dimodifikasi bagi JCW GP nampak lebih garang. Tayar lebih lebar, elemen aerodinamik, dan spoiler yang jelas nampak dibelakang merubah MINI yang biasa secara dramatik.

Tiada maklumat mengenai enjinnya, namun JCW yang pernah di uji Business Insider dilengkapi enjin empat silinder dengan 228 kuasa kuda. Jika konsep GP ini menjadi kenyataan, harganya akan bermula dari $40,000.

 

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari