in

Dari Mesin Basuh Hingga Robot Vakum, Xiaomi Bawa Enam Produk Baharu Ke Malaysia

Xiaomi memperluaskan portfolio produk AIoT di Malaysia menerusi pengenalan enam produk baharu yang merangkumi peralatan rumah pintar dan wearable, termasuk Mijia Front Load Washer Dryer Pro 12.5kg, Mijia Smart Air Purifier 6 Plus, Mijia Front Load Washer 8kg, Xiaomi Robot Vacuum 6 Max, Xiaomi Smart Double Stack Air Fryer 12L serta Xiaomi Smart Band 11 Active.

Produk-produk baharu ini mengetengahkan pelbagai fungsi pintar yang direka untuk memudahkan rutin harian, daripada penjagaan pakaian dan kualiti udara sehinggalah pembersihan rumah, penyediaan makanan serta pemantauan aktiviti dan kesihatan.

BUZZ RINGKAS


SIAPA:
Xiaomi

APA:
Memperkenalkan enam produk baharu merangkumi peralatan rumah pintar Mijia, Xiaomi Robot Vacuum 6 Max, Xiaomi Smart Double Stack Air Fryer 12L dan Xiaomi Smart Band 11 Active.

BILA:
Diperkenalkan pada 2 September 2026, dengan jualan bermula 9 September 2026 bagi sebahagian besar produk.

DI MANA:
Malaysia

MENGAPA:
Memperluaskan portfolio AIoT Xiaomi dengan produk yang menawarkan kemudahan, automasi dan teknologi pintar untuk kegunaan harian.

HARGA:
Bermula RM119 untuk Xiaomi Smart Band 11 Active pada harga promosi, manakala produk lain ditawarkan antara RM779 hingga RM4,499.

Mijia Front Load Washer Dryer Pro 12.5kg

Mijia Front Load Washer Dryer Pro 12.5kg hadir sebagai penyelesaian dobi serba lengkap dengan kapasiti cucian 12.5kg dan kapasiti pengeringan 8kg.

Ia dilengkapi dram berukuran 525mm yang luas untuk membolehkan lebih banyak pakaian dicuci dalam satu kitaran, selain panel kawalan skrin sentuh serta reka bentuk futuristik yang menerima pengiktirafan German iF Design Award.

Dari aspek penjagaan pakaian, mesin ini menggunakan sistem Dual Auto Dosing yang melaraskan jumlah detergen dan pelembut mengikut muatan cucian.

Teknologi Smart Infusion pula membolehkan kitaran Smart Wash dilakukan dalam masa 32 minit, manakala Quick Wash boleh diselesaikan dalam masa 12 minit untuk pakaian yang kurang kotor.

Fungsi cucian menggunakan wap turut mampu menyingkirkan sehingga 99.99 peratus bakteria berdasarkan keadaan ujian, sementara sensor pengeringan pintar membantu mengawal suhu dan tempoh pengeringan bagi mengurangkan risiko pengeringan berlebihan.

Pengguna juga boleh mengawal serta menjadualkan cucian dari jauh menerusi aplikasi Xiaomi Home.

Mijia Front Load Washer 8kg Untuk Ruang Lebih Kecil

Bagi kediaman dengan ruang yang lebih terhad, Mijia Front Load Washer 8kg menawarkan kapasiti cucian 8kg dalam reka bentuk yang lebih nipis.

Mesin ini mempunyai dram berdiameter 525mm dan badan ultra-nipis berukuran 421mm yang direka supaya mudah ditempatkan di dalam kabinet.

Ia turut menyediakan lebih 28 program cucian menerusi panel kawalan sentuh berwarna, selain teknologi Power Wash dan cucian wap bersuhu tinggi yang mampu menyingkirkan sehingga 99.99 peratus bakteria berdasarkan keadaan ujian.

Program Quick Wash selama 15 minit pula sesuai untuk cucian ringan, manakala teknologi pengesan muatan secara automatik melaraskan jumlah air dan tempoh kitaran berdasarkan berat pakaian.

Melalui aplikasi Xiaomi Home, pengguna boleh mengawal mesin dari jauh, menetapkan tetapan cucian peribadi dan menerima cadangan program pintar.

Mijia Smart Air Purifier 6 Plus Untuk Rumah Lebih Besar

Mijia Smart Air Purifier 6 Plus pula direka untuk menyediakan penjagaan udara bagi ruang kediaman yang lebih besar.

Menggunakan seni bina dwi-impeller dan dwi-penapis, peranti ini menawarkan aliran udara sehingga 12,666L/min serta liputan sehingga 91m².

Ia dilengkapi lima sensor berketepatan tinggi untuk memantau kualiti udara secara masa nyata, selain modul UVC dan sistem penapisan komposit lima peringkat yang direka untuk menangani zarah halus, alergen, formaldehid, bau dan bahan pencemar dalaman lain.

Sistem penapisan berkecekapan tinggi itu mencatat kadar penyingkiran 99.99 peratus bagi PM1, PM2.5 dan habuk berdasarkan keadaan ujian.

Penapis karbon teraktif khusus pula membantu menyerap dan menguraikan formaldehid, bau serta TVOC.

Pada tetapan paling senyap, peranti ini beroperasi serendah 19.4dB(A), manakala pengguna boleh memantau kualiti udara, mengawal tetapan dan memeriksa jangka hayat penapis menerusi aplikasi Xiaomi Home.

Xiaomi Robot Vacuum 6 Max Dengan Kuasa Sedutan 35,000Pa

Xiaomi turut memperkenalkan Robot Vacuum 6 Max yang membawa fokus kepada pembersihan rumah secara automatik.

Robot vakum ini dilengkapi kuasa sedutan sehingga 35,000Pa, iaitu yang paling tinggi setakat ini bagi Xiaomi, untuk menangani habuk, serpihan, rambut dan kotoran yang lebih dalam.

All-new roller mop menggunakan air yang mengalir secara masa nyata serta tekanan berterusan bagi menangani kesan kotoran degil.

Sistem tiga lengan mekanikal pula membantu robot mencapai bahagian sudut, tepi dan kawasan sekitar kaki perabot.

Dari aspek navigasi, sistem tiga kamera AI bersama LiDAR boleh ditarik masuk direka untuk mengenal pasti lebih 320 jenis halangan dan kotoran.

Robot ini turut dilengkapi dua kaki mekanikal bionik yang membolehkannya merentasi anak tangga sehingga 6cm, manakala sistem LiDAR yang boleh ditarik masuk membolehkannya memasuki ruang serendah 9.3cm.

Stesen omni dengan fungsi pembersihan kendiri bersuhu tinggi pula boleh mengosongkan habuk sehingga 75 hari, mencuci pad mop pada suhu sehingga 85°C dan mengeringkannya menggunakan udara panas 50°C.

Xiaomi Smart Double Stack Air Fryer 12L

Bagi kegunaan dapur, Xiaomi Smart Double Stack Air Fryer 12L tampil dengan reka bentuk dua bakul menegak dan kapasiti keseluruhan 12L.

Reka bentuk ini membolehkan pengguna menyediakan sehingga empat hidangan secara serentak dan menjimatkan kira-kira 35 peratus ruang mendatar di atas kaunter berbanding Xiaomi Dual Zone Air Fryer 10L.

Dengan kuasa 2800W dan aliran udara panas 360°, air fryer ini menyokong pelbagai keperluan memasak.

Ia menawarkan 14 mod memasak pratetap serta julat suhu 40°C hingga 230°C, termasuk fungsi untuk mengembangkan doh, mengeringkan buah, memanggang dan membakar.

Fungsi Sync membolehkan kedua-dua bakul selesai memasak pada masa yang sama walaupun menggunakan suhu dan tempoh berbeza.

Pengguna turut mendapat akses kepada 100 resipi menerusi aplikasi Xiaomi Home, selain fungsi penjadualan sehingga 24 jam dan Keep Warm.

Xiaomi Smart Band 11 Active

Melengkapkan pelancaran kali ini ialah Xiaomi Smart Band 11 Active yang menawarkan pilihan lebih kompak untuk pemantauan aktiviti dan kesejahteraan harian.

Ia mempunyai paparan warna 1.47 inci dengan kadar segar semula 60Hz, badan berinspirasikan jam tangan, bingkai berpenampilan metalik serta kaca penutup melengkung 2.5D.

Xiaomi Smart Band 11 Active ditawarkan dalam warna Grey, Black dan Pomelo Pink, dengan tali bertekstur serta mekanisme pin dan buckle anti-gelincir yang dipertingkatkan.

Peranti ini menyokong pemantauan kesihatan sepanjang hari termasuk kadar denyutan jantung, SpO₂, tidur dan pemantauan tekanan yang dipertingkatkan.

Ia turut mempunyai 50 mod sukan, rintangan air 5ATM serta keupayaan menjejaki kalori yang dibakar dan tempoh senaman ketika berenang.

Dengan penggunaan ringan, baterinya boleh bertahan sehingga 21 hari dan menawarkan lebih 100 pilihan muka jam.

Harga Dan Ketersediaan

Kesemua produk baharu ini boleh dibeli di kedai Xiaomi di seluruh negara, mi.com serta kedai rasmi Xiaomi di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Bagi Mijia Front Load Washer Dryer Pro 12.5kg, Mijia Smart Air Purifier 6 Plus dan Mijia Front Load Washer 8kg, jualan bermula 9 September 2026.

Sementara itu, Xiaomi Robot Vacuum 6 Max, Xiaomi Smart Double Stack Air Fryer 12L dan Xiaomi Smart Band 11 Active sudah tersedia mulai 2 September 2026.

Harga promosi yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Mijia Front Load Washer Dryer Pro 12.5kg – RRP RM3,399 | Promosi RM2,399
  • Mijia Smart Air Purifier 6 Plus – RRP RM1,999 | Promosi RM1,499
  • Mijia Front Load Washer 8kg – RRP RM1,999 | Promosi RM1,199
  • Xiaomi Robot Vacuum 6 Max – RRP RM5,099 | Promosi RM4,499
  • Xiaomi Smart Double Stack Air Fryer 12L – RRP RM899 | Promosi RM779
  • Xiaomi Smart Band 11 Active – RRP RM199 | Promosi RM119

Dengan gabungan peralatan rumah pintar dan teknologi wearable, rangkaian baharu ini memperluaskan pilihan pengguna Malaysia untuk mengautomasi pelbagai tugasan harian, daripada mengurus pakaian dan udara di rumah hingga membersihkan lantai, menyediakan makanan serta memantau aktiviti harian.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Hampir Separuh Prosiding Kes, Dr Nor Atiqah Harap Kes Dibicarakan Secara Adil