in ,

K.O.I Sanggup Berdarah Potong 20,000 Kertas Demi Persembahan AJL40

Kumpulan K.O.I mendedahkan mereka sanggup berganding bahu menyiapkan sendiri sebahagian besar elemen persembahan untuk pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), termasuk memotong 200,000 keping kertas secara manual.

Menurut K.O.I, keputusan untuk menghasilkan prop secara DIY dibuat kerana mereka masih baharu dalam industri dan mahu menggunakan apa sahaja sumber yang ada bagi merealisasikan konsep persembahan.

BUZZ RINGKAS

DIY SENDIRI
K.O.I memilih untuk menghasilkan sendiri sebahagian besar elemen persembahan AJL40.

200,000 KEPING
Sebanyak 200,000 keping kertas dipotong secara manual untuk digunakan dalam persembahan.

EMPAT HARI
Keseluruhan proses memotong kertas mengambil masa selama empat hari.

KERJASAMA KAWAN
K.O.I turut mendapat bantuan rakan-rakan dalam menyediakan susunan muzik, kru dan pelbagai elemen persembahan.

Empat Hari Potong 200,000 Kertas

K.O.I berkata, antara perkara yang paling mencabar ialah menyediakan 200,000 keping kertas yang digunakan sebagai salah satu elemen persembahan mereka.

“Kalau ikutkan tadi, kertas yang kita baling tadi itu kita potong sendiri. 200,000 keping sampai berdarah-darah. Empat hari,” katanya.

Biarpun proses tersebut memakan masa, K.O.I tetap memilih untuk melakukannya sendiri kerana mahu memastikan setiap elemen persembahan dapat direalisasikan seperti yang dirancang.

Bukan Tak Ada Duit, Tapi Pilih DIY

K.O.I menjelaskan keputusan untuk menghasilkan sendiri prop dan elemen persembahan bukan semata-mata kerana tidak mempunyai kemampuan kewangan, sebaliknya mereka mahu memanfaatkan apa sahaja yang boleh dilakukan sendiri.

“Kita orang masih lagi baru untuk persembahan ini. Jadi kita cakap, mana kita boleh DIY, mana kita boleh buat sendiri, kita buat sendiri,” katanya.

Selain prop, mereka turut menghasilkan sendiri beberapa aspek lain termasuk muzik dan melodi untuk karya mereka.

“Kita jadi kru sendiri, kita buat muzik sendiri dan kita buat melodi,” katanya.

Dibantu Kawan-Kawan

Dalam usaha menyiapkan persembahan AJL40, K.O.I turut menerima bantuan daripada rakan-rakan yang berada di belakang tabir.

Menurut mereka, sokongan tersebut meliputi pelbagai aspek termasuk susunan muzik serta elemen produksi persembahan.

“Daripada segi susunan, semua kawan-kawan yang menolong di belakang. Kita orang ucap terima kasih sebenarnya,” katanya.

Persembahan Bawa Mesej Kemanusiaan

Usaha K.O.I menghasilkan sendiri elemen persembahan itu juga selari dengan konsep mereka untuk membawa mesej kemanusiaan menerusi lagu Tiwikarma.

Menurut kumpulan itu, setiap elemen persembahan dirancang untuk mendekatkan mesej lagu kepada penonton, termasuk penggunaan warna bumi pada busana serta gerakan penari yang menggambarkan kesengsaraan dan dugaan golongan yang ditindas.

K.O.I mahu mesej yang disampaikan menerusi persembahan tersebut dapat ditafsirkan secara lebih luas oleh penonton dan tidak terhad kepada satu kelompok sahaja.

Lagu Tiwikarma mendapat sentuhan Zai Hamzah dan Hemo Globin, manakala liriknya ditulis oleh Achoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana dan Sapik Sam.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Danial Kifli Tak Sedia Jadi Boy Band

Aina Abdul Ubah Keputusan “All Out” Selepas Bertemu Peminat