Penyanyi Aina Abdul mendedahkan pertemuannya dengan seorang peminat tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah menjadi antara detik penting yang mengubah keputusannya untuk tampil lebih berani di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).
Menurut Aina, ketika itu dia sedang berdepan dilema sama ada mahu menghasilkan persembahan secara sederhana atau memilih konsep yang lebih besar dan berani untuk lagu Kamu.
BUZZ RINGKAS
TERSEREMPAK DI MALL
Aina Abdul bertemu seorang peminat tidak dikenali ketika sedang berdepan dilema mengenai persembahan AJL40.
AYAT RINGKAS, KESAN BESAR
Peminat itu menyuruh Aina menjadi dirinya sendiri, sekali gus membuka matanya untuk membuat keputusan.
GO ALL OUT
Aina akhirnya memilih untuk menghasilkan persembahan berskala besar walaupun menyedari kos yang perlu ditanggung.
BERBUAH HASIL
Aina memenangi Anugerah Persembahan Terbaik serta Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee di AJL40.
Dilema Sama Ada Mahu ‘Go All Out’
Aina berkata, keputusan untuk menghasilkan persembahan berskala besar bukan sesuatu yang mudah kerana ia turut melibatkan kos yang tinggi.
“Sebenarnya saya pun bertanya dengan diri saya juga, patutkah saya ‘go all out’ atau saya pergi secara sederhana,” katanya.
Selepas berbincang dengan pasukannya, Aina mula melihat beberapa perkara sebagai petanda yang akhirnya membantunya membuat keputusan.
Namun, satu pertemuan tidak dijangka dengan seorang peminat di pusat beli-belah benar-benar mengubah fikirannya.
Aina berkata, ketika itu dia sedang berada dalam keadaan tertekan kerana memikirkan keputusan yang perlu dibuat sebelum seorang lelaki yang tidak dikenalinya menghampirinya.
“Memang saya terserempak dengan seseorang yang membuatkan saya mengubah fikiran seratus peratus,” katanya.
Menurut Aina, lelaki berkenaan terlebih dahulu memberitahu bahawa dia merupakan peminatnya sebelum menyedari Aina kelihatan tertekan.
“Saya nampak awak. Saya peminat awak. Saya tak tahu kenapa awak nampak sangat tertekan,” katanya.
Lebih mengejutkan, lelaki tersebut kemudian memberikan satu nasihat ringkas yang memberi kesan mendalam kepada Aina.
“Apa saja yang awak tengah peningkan ini, awak patut sentiasa menjadi diri sendiri,” katanya.
“You Should Always Do You”
Aina mengakui kata-kata tersebut benar-benar membuka matanya pada ketika dia sedang memikirkan sama ada perlu memilih persembahan besar atau sederhana.
“Benda itu membuka mata saya. Memang meremang sangat ketika itu sebab saya sangat tertekan,” katanya.
Baginya, nasihat daripada individu yang langsung tidak dikenalinya itu seolah-olah datang pada waktu yang tepat.
“Saya putuskan untuk dengar diri sendiri. Saya patut berikan apa yang orang mahu dan saya juga patut berikan apa yang Aina Abdul patut buat,” katanya.
Keputusan itu akhirnya membawa kepada persembahan yang lebih besar dan unik untuk lagu Kamu di pentas AJL40.
Berbaloi Pilih Persembahan Besar
AJL40 yang berlangsung di Unifi Arena menyaksikan Aina bukan sahaja tampil dengan persembahan berskala besar, malah berjaya membawa pulang Anugerah Persembahan Terbaik dan Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee.
Aina turut dipilih mewakili Malaysia ke Eurovision Song Contest Asia 2026.
Bagi Aina, pengalaman tersebut membuktikan keputusan untuk mempercayai naluri sendiri akhirnya membuahkan hasil.
GIPHY App Key not set. Please check settings