ATLAS Vending memperkenalkan satu pendekatan baharu dalam membantu murid daripada keluarga kurang berkemampuan menerusi pelancaran ATLAS Nutri Aid, sebuah inisiatif yang menggunakan teknologi mesin layan diri pintar untuk menyalurkan susu percuma kepada pelajar sekolah rendah.
Dilaksanakan sempena Hari Susu Sedunia, program tanggungjawab sosial korporat itu merupakan kerjasama antara ATLAS Vending, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) bagi membantu menangani isu jurang nutrisi dalam kalangan murid B40.
INISIATIF
ATLAS Nutri Aid.
OBJEKTIF
Menyalurkan susu percuma kepada murid kurang berkemampuan.
TEKNOLOGI
Mesin layan diri pintar dengan sistem kad khas.
SASARAN
10 sekolah terpilih.
KERJASAMA
JPNS dan Yayasan Raja Muda Selangor.
Susu Percuma Setiap Hari Persekolahan
Menerusi ATLAS Nutri Aid, murid yang layak boleh mendapatkan susu Goodday Charge Milk secara percuma setiap hari persekolahan melalui mesin layan diri khas.
Program ini menggunakan sistem kad tap-and-go yang diselaraskan dengan kalendar persekolahan bagi memastikan agihan dibuat secara tersusun, telus dan hanya kepada penerima yang layak.
Selepas kejayaan projek perintis di beberapa sekolah, inisiatif tersebut kini diperluaskan dengan penempatan 10 mesin layan diri ATLAS Nutri Aid di sekolah-sekolah terpilih.

Komersial, Etika Sdn. Bhd.; Tuan Haji Yusaini bin Salleh, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan
Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor; Hemalatha Ragavan, Ketua Pegawai Eksekutif Etika Sdn
Bhd & Eksport Antarabangsa; Yang Berbahagia Puan Sri Datin Paduka Thamayanthi Devi
Ampikaipakan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Raja Muda Selangor; Muhammad
Syazwan Bin Mohd Daut, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Muda Selangor; dan Amy Gan, Naib
Presiden Pemasaran, Etika Sdn. Bhd.
Tangani Isu Kekurangan Nutrisi
Pelaksanaan program ini dibuat susulan kebimbangan terhadap masalah kekurangan nutrisi dalam kalangan kanak-kanak, termasuk isu ‘hidden hunger’ dan tumbesaran terbantut.
Kajian SEANUTS II turut menunjukkan lebih 70 peratus kanak-kanak tidak mencapai pengambilan harian kalsium dan vitamin D yang disyorkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Etika Sdn. Bhd. & Eksport Antarabangsa, Hemalatha Ragavan berkata setiap kanak-kanak berhak mendapat akses kepada nutrisi yang mencukupi.
“Bagi kebanyakan keluarga, memastikan pemakanan harian anak-anak sentiasa terjamin merupakan satu cabaran besar, dan kekangan ini tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada potensi tumbesaran mereka.
“Melalui ATLAS Nutri Aid, kami memastikan setiap kanak-kanak mendapat akses kepada keperluan asas seperti susu pada setiap hari persekolahan. Dengan menggabungkan inovasi teknologi dan misi sosial yang jelas, kami mampu menyalurkan nutrisi secara konsisten, bermaruah dan berimpak tinggi,” katanya.

Bantu Murid Fokus Di Sekolah
Selain membekalkan nutrisi harian, program ini turut bertujuan membantu meningkatkan tumpuan murid ketika berada di dalam bilik darjah.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Muda Selangor, Muhammad Syazwan Mohd. Daut berkata pemakanan yang baik merupakan asas penting kepada perkembangan seseorang kanak-kanak.
“Pemakanan yang seimbang merupakan asas utama kepada keupayaan seorang kanak-kanak untuk belajar, memberikan tumpuan dan berkembang maju di sekolah.
“Melalui ATLAS Nutri Aid, kami bukan sekadar menyediakan nutrisi harian, malah bersama-sama meruntuhkan halangan terhadap akses pendidikan supaya setiap kanak-kanak mempunyai peluang yang sama untuk mengejar impian mereka,” katanya.

Teknologi Demi Masa Depan Kanak-Kanak
Melalui penggunaan teknologi mesin layan diri pintar, ATLAS Nutri Aid menawarkan kaedah pengagihan bantuan yang lebih sistematik, mudah dan bermaruah.
Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen jangka panjang ATLAS Vending dalam memastikan lebih ramai kanak-kanak mendapat peluang membesar dengan sihat serta memperoleh pendidikan yang lebih berkualiti.



GIPHY App Key not set. Please check settings