in ,

Nak Beli Baju Che Puan Sarimah Serendah RM30? Malam Ini Peluang Anda!

Pelakon dan pengacara terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim bakal mengadakan Charity Fundraiser Flash Sale secara langsung di TikTok malam ini bagi mengumpul dana untuk menyokong pelbagai inisiatif kebajikan yang dijalankan oleh NGO Empati.

Siaran langsung tersebut akan berlangsung pada Isnin (29 Jun) bermula 8.30 malam menerusi akaun TikTok rasmi @thesarimah.

BUZZ RINGKAS

APA
Charity Fundraiser Flash Sale.

BILA
29 Jun 2026, 8.30 malam.

DI MANA
TikTok LIVE @thesarimah.

ISTIMEWA
Koleksi pra-milik Che Puan Sarimah bermula RM30.

TUJUAN
Mengumpul dana untuk NGO Empati.

Koleksi Peribadi Bermula RM30

Menerusi jualan amal itu, orang ramai berpeluang mendapatkan pelbagai koleksi pakaian dan aksesori pra-milik milik Che Puan Sarimah yang pernah dipakai sepanjang pembabitannya dalam filem serta drama televisyen.

Lebih menarik, semua koleksi tersebut ditawarkan pada harga bermula serendah RM30, sekali gus memberi peluang kepada peminat memiliki barangan eksklusif sambil menyumbang kepada tujuan kebajikan.

Bantu Perjuangan Kesihatan Mental

Selain terkenal sebagai anak seni, Che Puan Sarimah juga aktif memperjuangkan kesedaran mengenai kesihatan mental dan nilai empati dalam masyarakat menerusi kerjasamanya bersama NGO Empati.

Beliau sebelum ini menjelaskan penglibatannya sebagai Ikon Empati lahir daripada kepercayaan bahawa pendekatan berasaskan empati mampu membantu lebih ramai golongan muda mendapatkan sokongan selain mengurangkan stigma terhadap isu kesihatan mental.

Mengulas mengenai kerjasama tersebut, Che Puan Sarimah berkata beliau berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada usaha murni itu.

“Saya amat teruja dan berbesar hati apabila dijemput menjadi Jurucakap Rasmi Empati.

“Pendekatan Empati Malaysia yang menekankan empati, pembinaan komuniti, penjagaan secara holistik, pengurangan stigma dan kerjasama benar-benar mampu menyentuh lebih ramai hati anak muda serta membina masa depan yang lebih baik,” katanya.

Sertai Jualan Amal Malam Ini

Menerusi Charity Fundraiser Flash Sale ini, Che Puan Sarimah berharap orang ramai bukan sahaja dapat memiliki koleksi istimewa daripada perjalanan seninya, malah turut bersama-sama menyumbang kepada usaha kebajikan yang dijalankan oleh NGO Empati.

Orang ramai dijemput menyertai siaran langsung tersebut malam ini dan menjadi sebahagian daripada usaha membantu mereka yang memerlukan.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

20 Tahun Tak Ikut Arus Mainstream, Hujan Tarik 17,000 Penonton

Tekan Kad, Dapat Susu Percuma! Inisiatif Baharu Bantu Murid B40