Gelombang pertama penuh luar biasa apabila tiket habis dalam hanya 30 minit dengan melihat sambutan yang tak disangka itu, Icon Entertainment kini mengesahkan sebuah malam tambahan untuk semua Tenxiholic yang terlepas peluang: Special Show: Panggung Puting Beliung Tenxi – Day 2.
Bagi penganjuran kali ini, Tenxi atau nama sebenarnya Tengxi Wijaya tidak datang seorang kerana malam kedua bakal mempersembahkan line-up eksklusif daripada ANTI NRML, yang identitinya akan didedahkan tidak lama lagi bagi menambah elemen kejutan buat para peminat.

- Tiket Day 1 sold out dalam 30 minit, lalu Day 2 diumumkan.
- Persembahan berlangsung 11 Januari 2026 di lokasi sama.
- Tenxi bawakan line-up istimewa dari ANTI NRML.
- Day 2 bukan ulang tayang — konsep & momen ditambah.
- Tenxi dedikasikan malam ini sebagai penghargaan buat peminat.
- Misi Day 2: ruang ‘escape’ daripada stress & rutin.
- Tiket mula dijual 10 Disember 2025, jam 3 petang.
- Kategori tiket RM150–RM250 & Box RM5,000 untuk 10 pax.
Tenxi juga berterima kasih atas semangat yang diberikan dan terharu melihat begitu ramai yang tidak sempat mendapatkan tiket awal.
Justeru, Day 2 diumumkan sebagai hadiah penghargaan untuk seluruh komuniti yang sentiasa menyokongnya.
Walaupun berlangsung di lokasi dan waktu yang sama, Day 2 bukan sekadar pengulangan tetapi ia dirangka semula dengan momen tambahan, interaksi yang lebih dekat, serta “twist” yang hanya boleh dialami pada malam kedua.

Tenxi mahu peminat hadir, menjerit sepuas hati, dan lepaskan segala beban kerana ini adalah ruang mereka untuk ‘escape’.
“Take a sip and let’s ESCAPE from STRS…” antara kata-kata Tenxi, menggambarkan misi Day 2: sebuah malam yang mengajak peminat masuk ke dunia muzik yang lebih bebas, lebih bertenaga, dan penuh ‘magic’ yang menjadi identiti Tenxi sejak awal.



GIPHY App Key not set. Please check settings