in

Bukan Sekadar Romantik, Reen Rahim Dedah Sisi Serius Bisnes Bersama Suami

Reen Rahim Bongkar Rahsia Serius Di Sebalik Bisnes

KUALA LUMPUR – Pelakon, Reen Rahim membuka sisi berbeza mengenai perjalanannya membangunkan bisnes bersama suami, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin atau dikenali, Hazim, sekali gus menepis tanggapan bahawa pasangan itu hanya “sweet” dan penuh hiburan di media sosial.

Reen Rahim bersama suaminya.

Menerusi satu hantaran Instagram yang mendapat perhatian ramai, Reen atau nama sebenar Noreen Ashikin Abdul Rahim berkongsi bahawa walaupun mereka sering bergurau, bergaduh manja dan bersikap tidak terlalu serius dalam kehidupan harian, tanggungjawab dalam perniagaan bukanlah sesuatu yang mereka jadikan bahan permainan.

🛍️ Ringkasan “Bisnes Tapi Serius”
  • Reen Rahim akui dia & suami bukan pasangan paling matang.
  • Walaupun banyak gurau & gaduh kecil, mereka tegas soal tanggungjawab.
  • Perniagaan & produk sendiri jadi fokus utama mereka.
  • Tetap serius bab rezeki & kualiti produk yang dikeluarkan.
  • Belajar jadi lebih dewasa melalui usaha bersama.
  • Tegaskan kerja dibuat dengan hati & bukan sekadar suka-suka.
  • Terharu kerana tester produk kini makin bertambah.
  • Reen ucap terima kasih atas sokongan perjalanan bisnes kecil mereka.

“Kami ni bukan pasangan paling matang. Kadang gaduh manja, kadang gelak tak masuk akal tapi satu benda yang kami tak pernah main-main adalah tanggungjawab,” – Reen Rahim.

Pasangan itu kini menguruskan perniagaan produk kecantikan dan kesihatan yang mula mendapat sambutan tinggi, malah Reen mengakui proses itu menjadikan mereka lebih dewasa, bukan hanya sebagai pasangan suami isteri, tetapi sebagai rakan strategik perniagaan.

Reen Rahim bersama suaminya.

Menurut Reen, komitmen terhadap kualiti dan keberkesanan produk menjadi fokus utama mereka sehingga setiap keputusan dibuat dengan penuh teliti.

“Kami mungkin tak perfect, tapi kami serius bila bab usaha. Serius bila bab rezeki. Serius bila bab jaga kualiti,” tambah Reen.

Reen Rahim bersama suaminya.

Lebih istimewa, Reen turut menzahirkan rasa syukur apabila produk mereka kini semakin diterima ramai, termasuk daripada kumpulan pengguna yang sudah mencuba terlebih dahulu (testers).

Pasangan ini melihat penerimaan tersebut sebagai tanda rezeki dan bukti bahawa komitmen, disiplin dan kejujuran dalam perniagaan lebih penting daripada imej romantik yang sekadar menjadi gula pada pandangan luar.

Ditulis oleh Ezza Azira

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

pelantikan kumpulan terkenal ALPHA sebagai Muse Rasmi Neonate 2026,

Neonate Perkenal Koleksi Emosi “Love Story” Di The Agam

Konsert Eksklusif “Malam 3 Suara” Himpunkan Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito di Kuala Lumpur