in

Life: Living in Fear Everyday, Filem Senyap Malaysia Buktikan Emosi Tak Perlukan Kata -Kata

Life: Living in Fear Everyday

KUALA LUMPUR – Dalam dunia filem yang sarat dengan bunyi dan dialog, satu karya tempatan memilih untuk bersuara dalam diam dan dunia kini mendengarnya.

Filem senyap “Life: Living in Fear Everyday (LIFE)”, hasil karya Justin Franz dan Suran Hassan, kini mencipta gelombang di pentas antarabangsa dengan mesej yang menyentuh hati tentang empati, kasih dan kemanusiaan.

Latest poster with Toronto Global Film Fest Laurel
Ringkasan “Life: Living in Fear Everyday” 🎬
  • Filem senyap Malaysia arahan Justin Franz & Suran Hassan.
  • Dibuat dengan bajet bawah RM1,000 — guna peralatan peribadi.
  • Mesej utama: empati, kemanusiaan & bahasa senyap yang menyatukan.
  • Menembusi festival antarabangsa di UK, AS & Thailand.
  • Dibintangi oleh pelakon baharu & penyampai radio Rika Adrina.
  • Berlatarkan kisah kehilangan, cinta & penebusan tanpa dialog.
  • Dapat bimbingan daripada bekas pengerusi FINAS, Kamil Othman.
  • Dalam perancangan untuk dijadikan filem panjang atau siri senyap.

Diinspirasikan daripada satu pengalaman peribadi yang mengubah pandangan hidup Justin, filem ini membawa penonton menyelami sisi manusia yang sering kita lupa keheningan yang berbicara lebih kuat daripada kata.

“Kadang-kadang kita terlalu cepat berpaling bila melihat kesakitan orang lain, LIFE mengingatkan kita tentang erti sebenar peduli,” – Justin Franz, Penulis, Pengarah dan Penerbit.

Yang lebih mengagumkan, filem ini dihasilkan dengan bajet kurang RM1,000 dan hanya menggunakan peralatan peribadi seperti kamera, telefon dan drone tetapi hasilnya, luar biasa.

LIFE bukan sahaja menerima pujian positif, malah telah dipilih ke Lift-Off Sessions Global Network (UK), NanoCon International Film Festival (AS) dan Southeast Asia International Film Festival (Thailand).

Certificate Best Debut Filmmaker

Bagi Justin, kejayaan ini bukan sekadar pengiktirafan teknikal, tetapi bukti bahawa emosi manusia tidak mengenal bahasa.

“Walaupun filem ini senyap, penonton dari pelbagai negara dapat merasai mesejnya. Ia universal,” – Justin Franz.

Filem ini mengisahkan Dean, lelaki yang patah hati akibat tragedi, namun tetap setia melindungi dua “makhluk istimewa” yang dunia enggan fahami.

Kisah mereka berkembang menjadi perjalanan tentang kehilangan, ketabahan dan penebusan yang semua ini berlaku tanpa satu patah perkataan pun.

Barisan pelakonnya adalah Ken Thayalan, Elli Famira, Max Gaudachon dan Aairenee Zarina yang bukan pelakon profesional, tetapi berjaya menzahirkan emosi tulen yang membuat penonton terpaku.

Turut muncul penyampai radio Rika Adrina dan pelakon Sara Mack Lubis (Nenek Bongkok Tiga, Angkat).

Bagi Justin, cabaran paling besar bukan sekadar bajet tetapi semangat.

“Kami hampir hilang drone di kawasan terpencil, dan bila akhirnya dapat balik, baru sedar ada ular sawa besar dekat situ, nasib baik hari tu bukan hari malang pembikin filem indie.” – kata Justin Franz sambil ketawa.

Kini, LIFE terus berputar di festival antarabangsa dan ada rancangan untuk dijadikannya sebagai filem panjang atau siri senyap mini.

“Ini bukti bahawa seni dan nilai kemanusiaan melangkaui bahasa. Kami cuma mahu terus bercerita dari hati,” kata Justin Franz menutup bicara.

Ditulis oleh Ezza Azira

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

‘Ambani Money’

‘Ambani Money’ Angkat Nama Kidd Santhe Ke Liga Global Desi Hip-Hop

Jom Heboh 2025

Orang Utara Memang Heboh! Lebih 350,000 Serbu Karnival Jom Heboh Pulau Pinang 2025