Penyanyi Baby Shima meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap segelintir pendakwah bebas yang berdiam diri dalam isu melibatkan rakan mereka, Da’i Syed, yang dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 3 sebatan atas kesalahan merogol.
Keluhan Baby Shima itu disuarakan sebagai respon kepada kenyataan Da’i Fuad yang bersimpati dengan nasib rakannya selepas keputusan mahkamah tersebut diumumkan.
Menurut Baby Shima, jika dia atau selebriti lain terlibat dalam sesuatu isu, pendakwah bebas dengan pantas membuat konten teguran dan dakwah. Namun, dalam kes Da’i Syed, mereka seolah-olah mengambil sikap berdiam diri.
“Kenapa tak ada surat terbuka buat mangsa rogol dan perogol? Kalau saya buat hal, bukan main laju buat konten.”
Baby Shima
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan keluhan Baby Shima dan menyatakan rasa tidak puas hati yang sama. Namun, ada juga yang berpendapat bahawa Da’i Syed sudah menerima hukuman yang sewajarnya.
Terdahulu, Da’i Fuad dalam satu kenyataan menyatakan air matanya hampir gugur ketika mendengar keputusan mahkamah terhadap Da’i Syed yang terbukti bersalah memperkosa wanita lima tahun lalu.
Netizen juga menyoroti perbezaan reaksi pendakwah dalam isu ini, mengkritik mereka yang memilih untuk berdiam diri apabila rakan seangkatan mereka terlibat.
Isu ini terus mencetuskan perdebatan dalam kalangan masyarakat, terutama dalam konteks bagaimana selebriti dan tokoh agama menghadapi kritikan dan tanggungjawab sosial.
GIPHY App Key not set. Please check settings