in

Orang Utara Memang Heboh! Lebih 350,000 Serbu Karnival Jom Heboh Pulau Pinang 2025

Jom Heboh 2025

KUALA LUMPUR – Karnival Jom Heboh (KJH) mencatat kehadiran lebih 350,000 pengunjung di pekarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang sepanjang tiga hari penganjurannya dari 7 hingga 9 November 2025.

Anjuran Media Prima Berhad (MPB), KJH kekal sebagai antara acara padang berskala besar di Malaysia dan antara aktiviti yang dijalankan termasuk Street Soccer 3 on 3, Pertandingan Karaoke dan Tarian Tradisional Drama Sangat, Buletin Challenge, Meet & Greet bersama selebriti TV3 dan TV9, serta aktiviti kecergasan seperti Zumba, Pound Fitness dan Jom Lokal Jam.

💖 Karnival Jom Heboh Pulau Pinang 2025
• Lebih 350,000 pengunjung hadir ke Stadium Batu Kawan sepanjang 7–9 November 2025.
• Anjuran Media Prima Berhad sebagai acara padang berskala besar.
• Aktiviti meliputi hiburan, gaya hidup sihat dan riadah komuniti.
• Acara baharu Jom Heboh Fun Run disertai hampir 2,000 peserta.
• Viper Challenge dan demonstrasi Komando Malaysia menarik perhatian ramai.
• Pertandingan karaoke di Studio Tonton Drama Sangat dimenangi Nur Aishah Binti Mohd Hassan.
• Reruai KWSP, Puspakom & Perkampungan Usahawan UDA turut mendapat sambutan.
• Konsert dua malam menampilkan persembahan artis terkenal tempatan.

Buat julung kalinya, Jom Heboh Fun Run diadakan pada pagi Ahad sempena sambutan ulang tahun ke-22 KJH.

Larian santai sejauh 5KM itu disertai hampir 2,000 peserta dan dirasmikan oleh Dato’ Ts. Azizee Bin Ismail, Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, bersama Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Media Prima Berhad.

Larian santai 5KM dirasmikan oleh Dato’ Ts. Azizee Bin Ismail, Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, bersama Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Media Prima Berhad.

Peserta turut menerima jersi khas, beg cenderamata eksklusif, dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM40,000.

Antara tarikan utama lain ialah Viper Challenge, aktiviti halangan fizikal yang menekankan semangat berpasukan dan ketahanan diri serta demonstrasi khas oleh pasukan Komando Malaysia (GGK) turut menarik perhatian pengunjung di lokasi.

Pengunjung juga berpeluang bertemu dan bergambar bersama barisan selebriti seperti Anna Jobling, Aina Abdul, Khai Bahar, Fedtri Yahya, Muaz Zabir, dan Liza Abdullah.

Sesi ramah mesra bersama Anna Jobling.

Di Studio Tonton Drama Sangat (STDS), pertandingan karaoke bertemakan Rangga & Cinta turut diadakan dan menyaksikan Nur Aishah Binti Mohd Hassan muncul sebagai juara dengan hadiah wang tunai RM500.

Beberapa reruai turut menarik perhatian pengunjung termasuk KWSP, Puspakom dan Perkampungan Usahawan UDA yang menawarkan pelbagai aktiviti interaktif dan promosi menarik.

Terdapat juga Puspakom yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik.

Selain itu, gerai makanan tempatan serta hidangan popular menjadi tumpuan sepanjang karnival berlangsung.

Acara berakhir dengan Konsert Jom Heboh selama dua malam berturut-turut (8 & 9 November), menampilkan persembahan daripada Amelina, Nabila Razali, Kaka Azraff, Naqiu, Aisha Retno, Drama Band dan beberapa artis lain.

Persembahan yang memukau dari Nabila Razali.

Karnival Jom Heboh Pulau Pinang 2025 mengekalkan peranannya sebagai platform hiburan keluarga yang menggabungkan aktiviti riadah, seni persembahan dan keterlibatan komuniti dalam suasana harmoni dan mesra masyarakat.

Ditulis oleh Ezza Azira

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Life: Living in Fear Everyday

Life: Living in Fear Everyday, Filem Senyap Malaysia Buktikan Emosi Tak Perlukan Kata -Kata

Gagana

Sulaiman Yasin & Pushpa Narayan Bawa Kisah Wau Sobek Terengganu Dalam “Gagana”