in

20 Makanan Viral Untuk Diserbu Di Sunway Putra Mall

FriedChillies dan Sunway Putra Mall sekali lagi berkolaborasi menganjurkan festival makanan isitu Top Viral Food Festival yang berlangsung selama tiga hari di Sunway Putra Mall.

Selepas kejayaan Nasi Kandaq Fest yang berjaya dikunjungi anggaran 20,000 pengunjung yang meraikan nasi kandar, festival kali ini pula menggabungkan pelbagai makanan viral di media sosial.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FriedChillies, Adly Rizal, sebanyak 20 makanan viral dikumpulkan di dalam festival ini untuk dinikmati oleh para pengunjung.

“Pada minggu lepas kami telah menganjurkan Nasi Kandaq Fest 2023 dan sambutannya sangat baik.

“Kami tak serik jadi kali ini kami buat makanan viral pula, kami kumpulkan top 20 makanan viral mengikut pilihan panel-panel kami.

“Kami kumpulkan 20 makanan viral terbaik yang dapat mereka rasai dalam satu bumbung,” katanya.

Pemilihan vendor untuk festival makanan viral ini juga dipilih dengan teliti mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan.

“Kami cuba sedaya upaya untuk membawa makan viral bukan sahaja di sekitar Lembah Klang kerana kami mahu membawa keseronokan untuk peminat-peminat makanan.

“Kriteria untuk pemilihan makanan adalah sangat ketat kerana kami membuat audit terhadap semua jenama yang terlibat kerana kami tak mahu selepas kami ketengahkan mereka, selepas beberapa bulan makanan tersebut sudah tiada.

“Kami tidak memilihi jenama yang sekadar hangat-hangat tahi ayam, tapi jenama yang sudah lama viral tapi tetap teruskan perniagaan seperti biasa.

“Sebenarnya ada lebih 20 jenama makanan yang kami mahu bawakan tapi memandangkan ini kali pertama kami buat jadi kami bawakan 20 sahaja dahulu,” tambah Adly.

Selain jualan makan viral terdapat aktiviti-aktiviti lain yang dianjurkan seperti pertandingan makan dan Man vs Food, pertandingan cosplay pose.

Jenama makanan viral yang terlibat:

  1. Bakso Beranak
  2. Bears Brother BBQ
  3. The GoatFather
  4. Mooowich
  5. Wagyu Skewer
  6. Racha Tomyam
  7. Bolok Troops
  8. Sushika
  9. Jeruk Liur Leleh
  10. Jagung Cheese Tarik
  11. TanjakCrew
  12. Mac Mafia
  13. Golden Dough
  14. Air Dalam tin
  15. Hauslah
  16. Kopi Kamper
  17. Donut Opah Viral
  18. Rotiwan
  19. SB Fruyo
  20. Suka Dessert

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Noor Nabila dan Engku Emran Sah Bercerai Talak Satu

Hadiahkan Peminat Album ‘Persona’, Yonnyboii Pandai Bahagi Masa Antara Isteri dan Anak