in ,

KRU Cipta Sejarah, Konsert GenKRU 2025 Pecah Dua Rekod Malaysia Book of Records

Kumpulan muzik ikonik Malaysia, KRU, telah mencipta sejarah baharu dalam industri hiburan tanah air apabila Konsert GenKRU 2025 menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR).

Konsert yang berlangsung selama empat malam berturut-turut di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3, 4, 10 dan 11 Mei 2025 ini dianugerahkan sebagai “Most Shows in a Single Concert Series” oleh MBR. Selain itu, penganjur konsert, Icon Entertainment (M) Sdn Bhd, turut menerima pengiktirafan “Most Concert Tickets Sold Out in an Hour” selepas 8,000 tiket terjual dalam tempoh satu jam.

foto. Bangsawan Pictures

Datuk Norman Abdul Halim, mewakili KRU, menyatakan penghargaan kepada para peminat yang telah menjadikan konsert ini daripada perancangan asal satu malam kepada empat malam. “Pencapaian ini adalah sebuah apresiasi bukan untuk KRU secara peribadi tetapi buat peminat yang telah menjadikan Konsert GenKRU 2025 daripada rencana asal hanya satu malam kepada dua, tiga sehingga empat malam,” ujar Norman.

Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, turut menyatakan rasa terima kasih kepada peminat atas sokongan luar biasa yang diberikan. “Terima kasih kepada pihak MBR di atas pengiktirafan ‘Most Concert Tickets Sold Out in an Hour’ kepada Icon Entertainment. Dan kami di Icon Entertainment dengan suka cita berkongsi pengiktirafan ini kepada semua peminat KRU yang telah menjadikan Konsert GenKRU cukup luar biasa,” katanya.

foto. Bangsawan Pictures

Konsert GenKRU 2025 yang dihadiri oleh lebih 30,000 peminat turut menampilkan persembahan istimewa daripada artis jemputan seperti Feminin, Elite dan Adam AF.

Kejayaan ini bukan sahaja mengukuhkan lagi kedudukan KRU sebagai legenda muzik Malaysia, malah membuktikan bahawa sokongan peminat terhadap muzik tempatan masih utuh dan membara.

Kuala Lumpur • 12 Mei 2025

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Big Stage Alpha 2025 Minggu 3: Tiada Penyingkiran, Izat Ibrahim Kejutkan Semua!

Teater “Suluh Peraba” Kembali! Satira Mistik Sarat Pengajaran