Pelakon Redza Rosli menyatakan bahawa berita yang mendakwa isterinya, Bella Hanna sedang hamil adalah palsu.

Redza atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli,33, berkata, berkata dia tidak akan menyembunyikan berita gembira itu sekiranya Bella benar berbadan dua.
“Itu semua berita palsu. Memang saya ada nampak berita ini tersebar tapi tidak benar. Saya hanya mampu mengaminkan doa mereka dan kami nak zuriat.”
“Saya akan kongsikan kalau betul isteri sedang hamil. Cukuplah perkahwinan saya dirahsiakan sebelum ini, tahu-tahu dapat kad jemputan saja.
“Bagi saya apabila sudah sampai waktu yang tepat untuk dikongsi, saya akan beritahu kepada umum,” katanya.
Redza berkata demikian ketika ditemui pada sesi bersama media di lokasi penggambaran drama bersiri Dendam Seorang Madu di Shah Alam, pada Rabu.
Tambah Redza lagi, dia dan isterinya belum merancang untuk mempunyai cahaya mata namun berserah ketentuan Tuhan jika dikurniakan rezeki.
“Apa yang saya nampak keserasian antara saya dan isteri adalah masing-masing suka buat perkara yang spontan.
“Contohnya kalau kami nak pergi bercuti, kami tak suka nak merancang.
“Begitu juga dalam soal rezeki anak, kalau sudah ada rezeki Allah nak bagi saya tidak akan menolak. Terima saja apa rezeki yang baik,” ujarnya.
Untuk rekod, Redza selamat bernikah dengan wanita pilihannya yang juga pelakon Bella pada 21 Jun tahun lalu.
GIPHY App Key not set. Please check settings