Pelawak Harith Iskander mengulas terhadap dakwaan mengenai kehadiran orang ketiga yang didakwa sebagai punca perceraian dengan bekas isterinya, Dr. Jezamine Lim.
Menurut Harith Iskander Musa (57), dia hanya mengetahui tentang spekulasi hubungan antara dirinya dengan model dan pempengaruh media sosial, Nadira Isaac, selepas dimaklumkan oleh bekas isterinya, Dr. Jezamine Lim.
“Ikhlas cakap, saya tidak baca apa-apa cerita netizen semua.”
Harith Iskander
Menurut Harith, khabar angin tersebut hanyalah usaha dari pihak lain untuk menarik perhatian dengan cara yang sengaja dibuat.
“Bagi saya, ini hanya melibatkan pihak yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan perhatian. Perkara seperti ini sering terjadi kadang-kadang ia menjadi perhatian sekejap, kemudian akan perlahan-lahan reda,” ujarnya ketika ditemui selepas prosiding sebutan hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.
Sementara itu, Dr. Jezamine mengakui bahawa dia mengenali Nadira, tetapi mereka tidak terlalu rapat. Dr. Jezamine menjelaskan bahawa dia merasa pelik dan menganggap khabar angin tersebut sebagai bahan jenaka.
“Dia kenalan saya. Saya rasa pelik sangat dengan cerita ini dan saya yang memberitahu kepada Harith.
“Apabila perkara seperti ini berlaku, banyak pihak yang mencari perhatian. Jadi, saya harap kita dapat mengenal pasti siapa yang benar-benar kawan. Bagi saya, ini hanya gurauan,”
Dr. Jezamine Lim
Dia juga menambah bahawa kadang-kadang netizen mudah salah faham, dan itu hanyalah spekulasi yang tidak perlu diambil serius.
Sebelum ini, Harith telah sah bercerai talak satu dengan Dr. Jezamine di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 25 Julai.
Pasangan ini juga telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne (14), Alessandra Jayne (11), dan Zydane Zayne (9) tahun.
GIPHY App Key not set. Please check settings