in ,

Dakwa Harith Persenda Agama, Shahrol Shiro Titip Teguran – “Ini Sudah Melampau!”

Pelawak Shahrol Shiro memberi teguran terbuka kepada pelawak Harith Iskander berikutan didakwa telah menjadikan agama sebagai bahan jenaka sekaligus membuka ruang kepada netizen untuk turut serta mempermainkan perkara tersebut.

Menurut Shahrol atau nama penuhnya, Shahrol Azizie Azmi, seorang pelawak perlu ada sensitiviti dan batasan terhadap bahan jenaka yang dimainkan.

“Sebagai pelawak tidak semua sudut pandang boleh dijadikan bahan lawak kita. Adakala kita patut lebih sensitif lebih lagi melibatkan agama kita.

“Apabila saudara @harithiskander membuka ruang agama dijadikan satu bahan yang boleh dipersenda maka pengikut juga akan ikut serta dengan meninggalkan komentar mempersenda agama yang melampau,”tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Shahrol turut memaklumkan bahawa dia akan membuat laporan polis di atas hantaran yang dianggap keterlaluan itu.

“Perkara ini sudah melampau dan satu laporan polis akan dibuat mengenai perkara ini,” tambahnya lagi.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen turut menzahirkan rasa kurang senang dengan ‘lawak’ yang dilakukan Harith Iskander.

“Bab agama pun buat gurau, memang melampau.

“Bukan ke Harith ni dah banyak kali persendakan agama. Sedih orang Islam sendiri persendakan agamanya,” komen beberapa netizen.

Bagaimanapun, tiada lagi sebarang respons yang dilakukan oleh pihak Harith mengenai isu ini.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

ALDO Sambut Tahun Baru Lunar 2025 Dengan Koleksi Kapsul Eksklusif Bertemakan Ular

Isu Harith Iskander Didakwa Persenda Islam, Shahrol Shiro Buat Laporan Polis – “Harap Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Tegas”