in ,

Sweet Dengan Isteri, Netizen Kagum Tengok Fizz Fairuz Layan Almy Nadia – “Nak Jumpa Lelaki Macam Ni Payah”

Hubungan erat suami isteri antara pelakon, Datuk Fizz Fairuz bersama Datin Almy Nadia menyorot perhatian netizen.

Menerusi perkongsian di TikTok, Almy Nadia  atau nama lengkapnya Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah, 40, bertanyakan tentang sebanyak mana kasih sayang Fizz Fairuz terhadap dirinya.

“You sayang I banyak ke sikit?” soal Almy.

“Banyak. Banyak macam Mimi Peri makan,” jawab Fizz Fairuz.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat kebahagiaan rumah tangga kedua selebriti tersebut.

“Terbaik, pasangan contoh,”

“Semoga kekal bahagia hingga ke syurga,”

“May this kind of love finds all of us,”

“Nak jumpa lelaki macam ni payah, banyak tak mahu duduk dekat-dekat dengan isteri macam ni. Datuk ni memang lelaki terhad.”

Untuk rekod, Fizz Fairuz dan Almy Nadia mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004.

Pasangan berkenaan dikurniakan lima cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, Nur Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra, Nur Afrina Aisyah dan Nur Afrina Alisya.

Mereka juga turut mempunyai seorang anak angkat iaitu Nur Afrina Darwisyah, 16 tahun.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Pikat Hati Wanita Berstatus Tinggi, Jefri Nichol Kongsi Tips – “Jadi Diri Sendiri”

Mesra Peluk Peminat, Netizen Kritik Jefri Nichol – “Tak Ada Batas Ke?”