in ,

Mesra Peluk Peminat, Netizen Kritik Jefri Nichol – “Tak Ada Batas Ke?”

Sepotong video memaparkan aktor Indonesia, Jefri Nichol bersama seorang wanita yang difahamkan peminatnya berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.

Menerusi hantaran di akaun TikTok wanita tersebut, dapat dilihat momen mesra Jefri yang erat memeluk tubuh wanita tersebut.

@wulannfauziah

Ngakuuuu ini pasti salah satu wishlist ciwi-ciwi kan biar anaknya ganteng kaya nichol?! bercanda padahal ges😭😭 #jefrinichol

♬ Obsessed – jinxknsaudios

Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet yang rata-rata kurang senang melihat sifat ‘terlalu mesra’ yang ditonjolkan pelakon filem Ali Topan itu.

“Ada persaudaraan ke?” soal salah seorang netizen.

“Semua perempuan dia nak peluk,”

“Berlebihan, tak ada batas ke,” komen beberapa netizen.

Bagaimanapun, ada pula individu yang tampil mendedahkan sifat keperibadian Jefri yang dianggap sangat terbuka ketika melayan peminat.

“Jefri Nichol memang begitu ke semua kawan-kawan atau peminat dia, dia tak pandang fizikal, status, gender.

“Kadang orang tak rasa ada jarak pun dengan dia sebab dia super humble. Saya tengok komen fansnya dan kawan-kawan dia cakap begitu,” tulis individu tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 100,000 tontonan di platform TikTok.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Sweet Dengan Isteri, Netizen Kagum Tengok Fizz Fairuz Layan Almy Nadia – “Nak Jumpa Lelaki Macam Ni Payah”

ALDO Sambut Tahun Baru Lunar 2025 Dengan Koleksi Kapsul Eksklusif Bertemakan Ular