in ,

Lama Menyepi, Netizen Suka Tengok Penampilan Terkini ‘Awek Cendol’

Pernah viral suatu ketika dahulu, gadis yang  pernah terkenal dengan frasa ‘lapar, nak cendol’ ataupun lebih dikenali sebagai ‘awek cendol’ kembali tular di media sosial.

Dalam satu hantaran di TikTok, dapat dilihat  menerusi beberapa keping foto menampilkan penampilannya yang kini telah pun berhijab.

Bukan itu sahaja, menerusi pemerhatian gadis tersebut juga kini bergelar sebagai ibu kepada dua orang anak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tersentuh melihat perubahan gadis berkenaan.

“Kenal awak masa viral dulu, Alhamdulillah sekarang awak macam ni! Betullah jangan menilai seseorang, kita tak tahu pengakhirannya,”

“Sukanya tengok kamu sekarang dah berhijab,”

“Lama dah follow Nija dari zaman viral dulu, Alhamdulillah terus istiqamah.”

Sekadar info, video ‘awek cendol’ pernah viral pada tahun 2018 memaparkan aksi manja wanita itu menyatakan hasratnya untuk menikmati cendol kerana dahaga.

Video tersebut kemudiannya di ‘parodikan’ oleh ramai pihak termasuk beberapa selebriti kerana kontennya yang disifatkan sebagai ‘cringe’ ataupun ‘kecut perut’.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Nora Danish Mengaku Pernah Suka Guru Sendiri, Siap Hantar Surat Cinta

Tiket Konsert KRU ‘Sold Out’ Sejam Lepas Dilancarkan, Bakal Adakan Jualan Kali Kedua 23 Disember Ini!