Siapa sangka satu kemalangan langgar lari pada waktu subuh Ramadan menjadi titik perubahan hidup empat individu yang langsung tidak saling mengenali?
Itulah premis utama drama Suara Sunyi di Subuh, terbitan Mantayay Sdn Bhd, yang mula ditayangkan sejak 19 Februari 2026 secara eksklusif di TikTok dan Instagram @terpalingcerita, dengan dua episod baharu setiap hari sepanjang Ramadan.
- Suara Sunyi di Subuh mula ditayangkan 19 Februari 2026
- Eksklusif di TikTok & Instagram @terpalingcerita
- Menampilkan Imran Aqil, Fahrin Ahmad, Danish Iskandar, Hanna Halim
- Kisah hit-and-run subuh Ramadan satukan empat individu
- Produksi Mantayay pernah capai 600 juta tontonan
Drama ini menampilkan barisan pelakon Imran Aqil, Fahrin Ahmad, Danish Iskandar dan Hanna Halim dalam kisah penuh emosi tentang rasa bersalah, tanggungjawab dan peluang kedua.
Empat Watak, Empat Beban Berbeza
Black merupakan rider penghantar makanan yang menyimpan impian menjadi penyanyi.
Sharil pula pengurus pejabat yang nekad berhenti kerja demi membuka bengkel motosikal sendiri.

Adam ialah anggota bomba berdedikasi, namun tertekan dengan desakan keluarga supaya meninggalkan kerjaya beruniform.
Linda pula jururawat yang memikul tanggungjawab menjaga adiknya yang menghidap epilepsi.

Mereka dipertemukan dalam satu insiden hit-and-run melibatkan wanita hamil, yang memaksa mereka bekerjasama untuk mencari kebenaran dan pada masa sama berdepan konflik dalaman masing-masing.
Inspirasi Black Hanifah
Menariknya, watak Black diinspirasikan daripada penyanyi terkenal Black Hanifah, dan drama ini turut menampilkan lagu Ramadan beliau sebagai sebahagian daripada runut bunyi utama.

Elemen ini menjadikan perjalanan emosi watak lebih autentik dan memberi sentuhan yang lebih dekat dengan penonton.
Dari Syak Wasangka Ke Persahabatan
Sepanjang Ramadan, hubungan yang pada awalnya penuh syak wasangka bertukar menjadi ikatan persahabatan luar biasa.
Mereka saling membantu dan mempertahankan satu sama lain ketika diuji.
Persoalan yang dibawa cukup jelas – adakah pertemuan ini sekadar kebetulan, atau satu teguran Tuhan yang menyatukan mereka?
Rekod Produksi Mantayay & Potensi Fenomena Baharu
Mantayay sebelum ini mencatat lebih 600 juta tontonan di media sosial menerusi drama viral seperti Terpaling Menantu dan Terlanjur Nikah.
Dengan rekod luar biasa itu, timbul persoalan sama ada Suara Sunyi di Subuh mampu menjadi fenomena seterusnya sepanjang Ramadan 2026.



GIPHY App Key not set. Please check settings