in ,

Fazura Tolak Banyak Tawaran Berlakon Kerana Kecewa Sebab Jalan Cerita Sama

Sukar untuk kita melihat pelakon dan usahawan, Fazura dikaca tv sekarang ini dan ianya berpunca daripada dirinya yang menolak banyak tawaran berlakon.

Walaubagaimanapun, pelakon jelita ini kembali dengan dua filem pendek terbitannya sendiri iaitu Adinda dan Kakak Kita Ke Jakarta selepas sekian lama tidak berlakon.

Fazura bersama suaminya Fattah Amin

Menurut Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, dia menolak tawaran berlakon kerana berasa kecewa dengan skrip yang diterima menyebabkan ia menjadi salah satu sebab dia membuat rumah produksi sendiri.

“Banyak tawaran yang saya tolak. Sedih rasanya. Ketika dapat tawaran saya rasa gembira sangat tapi bila baca skripnya sama saja, rasa kecewa sikit.

“Itu antara sebab kenapa saya dah lama tidak berlakon. Makanya buatlah rumah produksi sendiri jadi bolehlah saya buat apa yang saya mahu buat,” kata Fazura.

Fazura berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi Aidilfitri Fazura 2023 yang diadakan di Sunway Putra Mall baru-baru ini.

Kedua-dua filem pendek Fazura diarahkan oleh Bahri Umararif

Mahukan cerita yang lebih bermanfaat kepada masyarakat, isteri kepada aktor Fattah Amin ini berharap agar penerbit-penerbit dapat keluar dari zon selesa.

“Tak tahulah bila cerita-cerita di Malaysia nak berubah. Kalau kita asyik buat benda yang sama, macam mana kita nak kembangkan minda penonton-penonton.

“Bila kita buat cerita yang sama, itulah timbulnya cerita penyondol lah apalah.

“Maaf cakap tapi itulah realitinya. Jadi saya berharap agar ramai penerbit diluar sana berani keluar dari zon selesa membuat karya yang berbeza.

“Supaya kita dapat mendidik penonton untuk kembangkan minda dan mengalihkan stigma yang sama kepada stigma yang baru,” kata Fazura.

Filem pendek Adinda dan Kakak Kita Ke Jakarta kini boleh ditonton di Youtube Myfazura yang menampilkan Wanna Ali dan Fattah Amin sebagai pelakon dan diarahlan oleh Bahri Umararif

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Wani Kayrie Serlahkan Kemantapan Vokal Dalam Fajar

Syafiq Abdillah Masih ‘Kekal’ Dalam Industri