in ,

DMA Islam Anggap Suami Beri Izin Isteri Bekerja Miskin – “Impian Setiap Suami Mestilah Memerdekakan Dia Punya Isteri”

‘Influencer’ kontroversi, DMA Islam mencuri perhatian ramai setelah dirinya menyatakan setiap suami perlu mempunyai impian untuk tidak membiarkan isteri mereka bekerja di bawah lelaki lain.

Menerusi perkongsian di TikTok, DMA Islam berkongsi pandangan berkaitan para suami perlu berusaha lebih keras untuk menambah pendapatan supaya dapat ‘memerdekakan’ isteri mereka daripada bekerja.

“Mana-mana suami yang suka dia punya bini itu bekerja, ada sesuatu yang tak kena,” katanya.

“Impian setiap suami mestilah memerdekakan dia punya isteri daripada bekerja.”

DMA Islam

Bagaimanapun, pempengaruh itu memahami kebanyakan isteri bekerja adalah kerana mahu menampung keluarga dari segi bantuan kewangan.

“Aku faham, mungkin sekarang kau belum mampu untuk bini kau tak bekerja.

“Sebab apa? Sebab kau punya gaji sikit, kau miskin maka bini kau terpaksa bekerja untuk tanggung sama-sama. Tapi tak apa, kau kena ada impian.

“Dalam hati kau, ‘Satu hari nanti aku nak tambah pendapatan yang sangat banyak supaya bini aku dah tak payah bekerja’.

“Kau kena ada impian begitu, walaupun sekarang kau belum mampu, tak apa. Simpan impian itu,” jelasnya.

Beralih ke ruangan komen, majoriti netizen bersetuju dengan pendapat dikeluarkan DMA Islam meskipun pempengaruh itu sering kali mengeluarkan kenyataan yang dianggap tidak masuk akal oleh sesetengah netizen.

Sumber: TikTok

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Bakal Timang Anak Lelaki, Nabila Razali Tak Sabar Nak Beli Barang Baby

Nak Tolong Lunas Hutang, Achey Dedah Isteri Pernah Kerja ‘Cleaner’ – “Semua Duit Gaji Dia Bagi Aku”