in ,

Nak Tolong Lunas Hutang, Achey Dedah Isteri Pernah Kerja ‘Cleaner’ – “Semua Duit Gaji Dia Bagi Aku”

Pelawak, Achey berkongsi berkaitan isterinya, Nor Hasanah Yahaya yang pernah bekerja sebagai seorang tukang cuci di sebuah syarikat bank. 

Menerusi sesi podcast Dol’s Podcast yang dikendalikan Shuib, Shuk Sahar dan Mamat Sepah, Achey memaklumkan isterinya bekerja dalam bidang tersebut sewaktu dirinya menyertai program realiti Bintang Mencari Bintang pada tahun 2013.

“Apa yang dia (isteri) aku dapat sekarang adalah hasil titik peluh dia dengan aku selama ini,” kata Achey.

“Dia pernah kerja sebagai ‘cleaner’ selama tiga bulan selama aku masuk pertandingan ‘Bintang Mencari Bintang’, semua duit gaji itu dia bagi aku.”

Achey

“Dia kerja ‘cleaner’ untuk suami dia (Achey) yang tak tahulah menang atau tidak pertandingan pada waktu itu.

“Sebab itu bila ada orang usik isteri aku walaupun sikit, aku tak boleh. Aku paling pantang dengan perkara itu,” ujarnya

Kongsi Achey lagi, dia tidak mengendahkan sekiranya ada pihak yang melabel dirinya ‘menunggang’ nama Anne disebabkan nilai murni yang ditunjukkan isterinya itu.

“Dan kalau orang nak cakap aku sekarang ini ‘menunggang’ isteri, aku akan cakap, ‘Ya aku menunggang’ sebab aku saja yang ada keistimewaan itu.

“Kalau aku tak buat macam ni, siapa nak ingat dia? Dan sebab apa aku ‘menunggang’ isteri aku sebab nama dia perlu diuar-uarkan supaya orang tahu dia.

“Bila orang ramai tahu, lagi ramai orang akan mendoakan dia,” katanya.

@dolspodcast

Anne, wife Achey sanggup bagi duit gaji untuk Achey bertanding walaupun bekerja sebagai cleaner. Layan Episod 35, 9 MALAM di Youtube Shuib Channel & spotify Dol’s Podcast. @shuibsepahtu @shuksahar @Fizie Roslan @Mamatsepah_Nana @KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG #DolsPodcast

♬ original sound – Dol’s Podcast – Dol’s Podcast

Sekadar info, Achey dan Anne atau nama sebenarnya Nor Hasanah Yahaya mendirikan rumah tangga pada 2011 namun masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Pada tahun 2018, pasangan suami isteri ini mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat yang dinamakan Tiara, 6.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

DMA Islam Anggap Suami Beri Izin Isteri Bekerja Miskin – “Impian Setiap Suami Mestilah Memerdekakan Dia Punya Isteri”

Diana Danielle Terkilan Ada Individu Kritik Orang Tak Bertudung Solat – “Kenapa Perlu Pelik…”