Nama pelawak dan usahawan Shuib, menerima tohmahan selepas isu denda RM17,500 kerana tidak membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk pekerja.
Susulan pelbagai fitnah yang dilemparkan, isteri kepada pelawak tersebut iaitu Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah tampil mempertahankan Shuib.
Menerusi entri di Instagram, Watie menyatakan suaminya telah berkorban mengeluarkan wang sendiri untuk menampung gaji pekerja.
“Dia bertahun tak ambil gaji. Setiap bulan ‘top up’ duit poket sendiri lagi untuk bayar gaji staf.”
Watie
Sementara itu, Watie turut memaklumkan bahawa punca berlakunya masalah tersebut adalah kerana pengurusan terdahulu.
“Pengurusan lama yang bermasalah, tapi hujung-hujung dia yang difitnah begini.
“Semoga suamiku diberi ketabahan, insyaAllah dia tahu halal dan haram.
Maaflah, isterinya emosi sedikit kali ini,” jelasnya.
Terdahulu, Shuib meluahkan rasa kesal apabila seorang warganet mendakwa dia menggunakan duit caruman perkerja untuk menunaikan umrah.
Difahamkan komen tersebut berkait dengan laporan berita tentang syarikat perniagaan milik Shuib, yang dikenakan tindakan denda tersebut oleh Mahkamah Majistret Shah Alam berikutan tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman PERKESO tahun lalu.
Sumber: Instagram
GIPHY App Key not set. Please check settings