in ,

Aliff Aziz dan Bella Astillah Sah Cerai Talak Satu.

Pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah telah bercerai sekali lagi setelah Aliff melafazkan talak satu pada jam 1.11 tengah hari di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Hakim Syarie Wan Mohd Najib mengesahkan perceraian tersebut mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Bella, yang nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah, diperintahkan menjalani tempoh idah selama tiga kali suci dan mendaftarkan perceraian mereka.

Bella telah memfailkan perceraian ekspres pada 11 Mac lalu kerana tiada persefahaman dan kurangnya mawaddah (cinta dan kasih sayang).

Aliff tidak hadir pada sebutan pertama kes perceraian mereka pada 13 Mac kerana urusan kerja dan penggambaran. Pada sebutan kedua, Aliff enggan melafazkan cerai, sehingga mahkamah memutuskan untuk melantik wakil bagi proses JKP.

Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

Mereka mempunyai dua anak, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna. Sebelum ini, pada 9 Mac, Aliff dan pelakon Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Ditulis oleh Aina Azman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Datuk Noora Tak Suka Ellie Suriaty? Apa Punca Sebenar Tak Jadi Kahwin Azri Iskandar?

Hasif Upin Akhirnya Temui Cinta Hatinya Di Jakarta