Hannah Delisha, artis serba boleh yang memukau peminat dengan bakatnya di dunia hiburan, kini semakin bersinar di Malaysia. Selain dikenali sebagai penyanyi dan pelakon, beliau juga seorang duta produk, ikon fesyen, dan personaliti media sosial.
Hannah memulakan kerjaya muzik dengan lagu-lagu hit yang mempamerkan vokal mantap dan melodi menarik, yang membuka peluangnya dalam bidang lakonan. Beliau turut dilantik sebagai duta pelbagai jenama berprestij.
Terbaru, Hannah menjadi duta produk kecantikan Conboo, yang sesuai untuk semua golongan. Menurut Hannah, dia memilih tawaran berdasarkan nilai peribadi dan reputasi jenama. Beliau bersyukur dapat membantu jenama secara positif dan percaya kejayaan adalah usaha bersama.
“Alhamdulillah, saya berasa sangat teruja dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menjadi duta produk Conboo. Saya bersetuju menerima tawaran ini kerana percaya pada nilai dan kualiti produk Conboo, selepas saya mencuba Beau3 Milk sendiri,”
Hannah Delisha
CONBOO bertujuan untuk menyemai keyakinan dan kecantikan dari dalam ke luar. Produk ini mengandungi ramuan premium seperti madu Manuka, ekstrak sarang burung, dan vitamin C, serta membantu mengekalkan gaya hidup sihat dengan manfaat kecantikan yang menonjol.
GIPHY App Key not set. Please check settings