in ,

Nora Danish dan Nedim Nazri Sah Bercerai Talak Satu, Nafi Berpisah Kerana Isu Kewangan

Nora Danish, 42 tahun, dan bekas suaminya, Nedim Nazri, 41 tahun, secara baik dan rasmi berpisah talak satu setelah tujuh tahun mendirikan rumah tangga di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Nora menekankan pentingnya menjaga keharmonian keluarga dan meminta agar tidak ada spekulasi negatif mengenai perpisahan mereka.

Mereka telah berpisah selama enam bulan dalam usaha untuk menyelamatkan perkahwinan mereka tetapi tidak berjaya.

“Saya dan bekas suami sudah mendapat persetujuan bersama untuk mengakhiri perkahwinan kami yang didirikan selama tujuh tahun. Apa yang paling penting, tujuan kami adalah untuk membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan positif. Jadi, saya harapkan anda mendoakan yang terbaik buat kami dan keluarga”.

Nora Danish

Tambahan pula, Nora menepis dakwaan masalah kewangan jadi punca perpisahan. “Saya harap tiada teori mengenai perpisahan kami bahawa masalah kewangan menjadi punca perpisahan”.

Nora Danish

Nora dan Nedim berusaha membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang, termasuk anak tiri mereka, walaupun menghadapi ujian yang berat. Mereka berdua matang dari pengalaman sebelumnya dan hanya berharap yang terbaik untuk masa depan mereka.

Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, 6 tahun.

Sebelum berkahwin dengan Nedim, Nora pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.

Sementara itu, Nedim juga pernah berkahwin sebelum ini dandikurniakan cahaya mata, Mohamed Nedrin, 12.

Ditulis oleh Aina Azman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Foodpanda Perkenalkan ‘panda cares’ untuk Peningkatan Kesejahteraan Rakan Penghantar

Redza Rosli Sah Berkahwin Dengan Pelakon Baharu, Bella Hanna