in

Program Jualan Madani Raya KUSKOP Sasar RM1.6 Juta di Festival Ramadan Putrajaya

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM1.6 juta nilai jualan sepanjang penganjuran Program Jualan MADANI Raya (PJMR) KUSKOP 2024.

Program ini turut menjangkakan seramai 300,000 kehadiran pengunjung yang berlangsung sempena Festival Ramadan Putrajaya 2024 bertempat di Dataran Anjung Syawal, Presint 3, Putrajaya yang berakhir 9 April ini.

Bagi menyelami denyut nadi rakyat yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup, PJMR 2024 ini menyediakan 60 reruai jualan melalui penyertaan 28 usahawan (42 reruai) dan 13 koperasi (18 reruai) dengan pelbagai tawaran menarik barangan keperluan persiapan Aidilfitri dan keperluan harian pada kadar harga diskaun sehingga 20% kepada pengunjung sekali gus membantu meringankan bebanan rakyat.

Bagi menyokong perniagaan usahawan dan koperasi, sesi walkabout pihak pengurusan KUSKOP ke tapak jualan telah diadakan dengan kehadiran YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan timbalannya YB Dato’ Ramanan Ramakrishnan.

Antara pengisian menarik semasa sesi walkabout tersebut ialah pelancaran sesi happy hour dengan tawaran diskaun harga barangan sehingga 30% dan penyampaian hadiah cabutan bertuah berupa peralatan elektrik dan hamper sumbangan agensi-agensi di bawah KUSKOP.

KUSKOP yakin program seumpama ini berupaya meringankan kos persiapan rakyat bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Para pengunjung juga dapat menikmati penjimatan harga barangan persiapan Aidilfitri selain daripada memperkasa dan mempromosikan perniagaan usahawan dan koperasi.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Bufet 25 Malam Di Zai Sri Gemilang

The Gadys Dapat ‘Cuti Raya’?