The Gadys yang dianggotai oleh tiga gadis yang cantik dan comel muncul dengan lagu raya berjudul Cuti Raya sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Cuti Raya merupakan hasil ciptaan Ja’a, Mage dan Glowrush dan menampilkan Adib Hussin dan
Glowrush selaku penerbit.

Lagu ini mengisahkan tentang insan di perantau yang mahukan cuti untuk pulang ke kampung beraya bersama keluarga tersayang.
“Lagu ini adalah sebuah lagu yang boleh dikatakan sangat rapat dengan kehidupan harian semua orang yang bekerja.
“Lagu Cuti Raya lebih kepada gambaran emosi dalam lirik lagu dan lirik yang ‘straightforward’ untuk menyatakan hasrat dan harapan untuk cuti beraya dan tidak mahu bekerja supaya dapat bergembira di hari raya dengan orang yang tersayang,” kata Aznie.

Kumpulan M-Pop yang dianggotai oleh Aznie, Ayunie dan Thamiera itu berharap lagu ini mendapat tempat di hati pendengar.

“Kami berharap Cuti Raya ini akan sentiasa didengari oleh setiap orang setiap kali raya dan kami juga mengharapkan setiap pendengar Cuti Raya gembira dan menerima Cuti Raya dengan seadanya,” ujar Ayunie.

Lagu Cuti Raya boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala muzik video ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi The Gadys ada 29 Mac 2024.

GIPHY App Key not set. Please check settings