in , ,

Trinil: Kembalikan Tubuhku Kini Ditayangkan Di Malaysia

Trinil: Kembalikan Tubuhku yang telah mendapat kutipan sebanyak RM11 juta di Indonesia akan memulakan tayangan di Malaysia hari ini 22 Februari 2024.

Filem yang dibintangi oleh Carmela van der Kruk, Rangga Nattra, Fattah Amin, Wulan Guritno dan ramai lagi merupakan sebuah filem yang diinspirasi daripada sebuah drama radio yang cukup popular dan viral sekitar 80-an di Indonesia.

Lebih menarik lagi, pengarah filem Hanung Bramantyo yang terkenal dengan filem-filem cinta arahannya seperti Ayat-Ayat Cinta dipilih untuk mengarahkan naskah ini.

Menurut penerbitnya, Azlin Hilda Abdul Latif pemilihan Hanung sebagai pengarah merupakan sesuatu yang di luar jangkaan.

“Sebenarnya, projek syarikat saya bersama Hanung adalah naskah cinta, namun ia terpaksa
ditangguhkan atas beberapa faktor membabitkan watak hero filem tersebut, manakala ketika
itu pula semua persiapan penggambaran dah dibuat.

“Jadi, untuk tidak mahu membuang masa, Hanung memberikan idea untuk buat sebuah filem
seram setelah dia ditawarkan pemilik hak cipta Trinil untuk menghasilkan naskhah berkenaan.

Kali terakhir dia buat filem seram adalah 17 tahun lalu dan dia mahu mencabar diri dia
menerusi filem ini,” ujarnya.

Filem Trinil: Kembalikan Tubuhku akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai
22 Februari 2024.

Penyanyi popular iaitu Aina Abdul telah diberi peranan untuk menyanyikan lagu OST filem berkenaan berjudul Kasih Merintih.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Achik Asrain Ditipu Muzik Label, Dah Tak Teruja Terima Tawaran

Money Not Enough 3 Kutip RM13.86 Juta Dalam Masa 2 Minggu